Toyota baik hati - pulihkan kondisi Nissan GT-R R32 macam asal!

oleh Mohamad Hanif|
Jika anda pernah melawat History Garage yang terletak bersebelahan dengan pusat pameran MegaWeb Toyota di Jepun, ia bukan sahaja mempamerkan pelbagai jenis kenderaan klasik Toyota, malah barisan kenderaan yang wujud dari seluruh dunia.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Setiap satu kereta yang berada di dalam Historic Garage memiliki kondisi yang cemerlang dan boleh dipandu, malah ada kalanya para pekerja di premis tersebut mengambil giliran memandu untuk acara demonstrasi dan pemanduan di kawasan umum.

 


History Garage juga turut memiliki ruang bengkel yang tersendiri di mana para pekerja menjalankan proses restorasi terhadap kenderaan yang dipamerkan, termasuklah sebuah jentera Nissan Skyline GT-R R32!

Disebabkan ruang yang terhad, projek restorasi Nissan GT-R tersebut bermula pada tahun 2019 dan mengambil masa kira-kira setahun setengah untuk siap sepenuhnya.

Segala proses restorasi dijalankan di ruang yang terhad tersebut termasuklah membaik pulih panel badan, enjin, transmisi manakala proses mengecat semula badan dilakukan di luar.

Luangkan masa lapang anda dengan menikmati video proses restorasi Nissan Skyline GT-R R32 pada pautan di bawah.

 

Sumber: Japanese Nostalgic Car