Toyota bangunkan sendiri komponen untuk kenderaan sel bahan api hidrogen (FCEV)

oleh Mohamad Hanif|
Dalam masa beberapa tahun akan datang, dunia bakal menyaksikan peralihan besar-besaran daripada kebergantungan kepada enjin pembakaran dalaman kepada kenderaan berkuasa elektrik yang menghasilkan sifar emisi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Malah Jepun sendiri bakal melaksanakan pengharaman penjualan kenderaan berenjin pembakaran dalaman, serta mewajibkan penjualan kenderaan elektrik, hibrid, plug-in hybrid dan kenderaan sel bahan api hidrogen menjelang tahun 2035.

Toyota sebenarnya bukanlah lambat melangkah ke arah penghasilan kenderaan sifar emisi, malah secara faktanya syarikat automotif gergasi dunia itu baharu sahaja melancarkan sedan generasi kedua Mirai pada penghujung tahun lalu.

 


Rahsia di sebalik Toyota Mirai adalah kehadiran tangki hidrogen ketiga yang mampu menyimpan lebih banyak kandungan bahan api tersebut, dan membenarkan jarak operasi sejauh 850 km, atau 30 peratus lebih jarak berbanding sedan generasi pertama.

Tangki ketiga tersebut dibangunkan sendiri oleh syarikat kumpulan Toyota, Toyoda Gosei Co yang memiliki kepakaran menghasilkan komponen getah dan resin untuk kenderaan.

Menurut laporan daripada Japan Today, Toyoda Goesi menggunakan teknologi canggih bagi menghasilkan bahan salutan dalam tangki daripada resin unik yang mampu bertahan di bawah tekanan tinggi (70 megapascal) untuk menyimpan bahan api hidrogen.

Syarikat kimia tersebut turut membina sebuah kilang baharu bernilai 12 billion yen untuk menghasilkan tangki tersebut secara besar-besaran bertempat di Wilayah Mie.

 


Menurut Yoshikazu Tanaka, ketua jurutera pembangunan FCEV menjelaskan, "kami tidak mampu untuk menghasilkan model baharu Mirai tanpa kehadiran tangki tersebut.

"Untuk jangka masa akan datang, kami mahu produk ini akan digunakan pada kenderaan lain (selain Mirai), termasuklah kenderaan komersil," ujar Presiden Toyoda Gosei, Toru Koyama.

Selain daripada Toyoda Gosei, syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Toyota turut sama 'dikerahkan' bagi membangunkan komponen khusus untuk Toyota Mirai, seperti contoh Aichi Steel Corp (komponen menggunakan keluli tahan karat), Toyota Industries Corp (unit pemampat udara), serta Denso Corp (semikonduktor kuasa silikon karbida untuk mengurangkan penggunaan elektrik dan meningkatkan kadar efisien kereta).

Sumber: Japan Today

Berita Berkenaan

Berita Global
  Mirai generasi kedua pula mengambil giliran pada Disember 2020. Mirai sebenarnya sudah ada di…
Berita Global
Berbanding sedan Mirai standard, Mirai Sports Concept itu telah direndahkan sebanyak 40 mm, diikuti…
Berita Domestik
  Menurutnya, keseluruhannya lima stesen isian semula hidrogen akan dibina di Kuching dan usaha…