Membeli sebuah kereta bukan sahaja dengan menilai rupa luarannya, namun ketenangan fikiran dan pengalaman pemilikan itu merupakan salah satu faktor utama yang perlu dititikberatkan.
Bagi memenuhi segala jangkaan pelanggan serta memberi pengalaman pemilikan sepuluh bintang, Toyota menawarkan program Care That Amaze buat pemilik kenderaan Toyota.
Apa yang istimewa mengenai program CareThat Amaze ini? Jika anda nak tahu, mari kami jawab persoalan anda itu….
- Jika anda sudah melabur puluhan atau ratusan ribu untuk sebuah kereta, adakah anda mahu jaminan perlindungan dan nilai diatas pelaburan itu?
Jika ya, Toyota dapat menawarkan jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan.
Tapi jika kerosakkan yang berlaku itu berpunca daripada diri sendiri, Toyota akan beri jaminan juga?
Ya...jangan risau! Toyota akan menaggung segala kos alat ganti dan buruh yang terlibat. Bukan itu sahaja, kepada anda yang kerap menukar atau membeli kereta dan mahu menjual kereta Toyota sedia ada, anda juga boleh pindah milik jaminan ini kepada pemilik yang baharu.
Ini sekaligus meningkatkan lagi nilai jualan semula kereta tersebut (*jika dijual dalam tempoh jaminan).
- Jika saya mahu jual kereta Toyota saya, dimana perlu saya pergi?
Tak perlu khuatir, jika anda mahu menjual kereta Toyota anda, pergi sahaja ke Top Mark. Top Mark merupakan pusat jualan kereta terpakai milik UMW Toyota.
Tapi, jika saya bukan pemilik Toyota yang mahu membeli kereta Toyota terpakai dan mahu jaminan diatas pembelian saya pula bagaimana?
Lokasi yang wajib anda lawati, Top Mark. Kenapa? Untuk makluman, Top Mark menawarkan kenderaan terpakai yang telah diperiksa rapi.
Selain itu, kereta terpakai yang dijual juga datang dengan jaminan selama setahun. Menarik bukan, beli kereta terpakai pun boleh dapat jaminan.
- Anda seorang yang suka menambah aksesori tulen dan mahu jaminan terhadap alat ganti yang dibeli?
Toyota turut menawarkan penjualan aksesori tulen bagi anda yang gemar menambah aksesori.
Bagi kenderaan yang rosak pula, ia juga akan dibaiki secara profesional di mana-mana Pusat Badan dan Cat Toyota. Semua perkhidmatan ini datang dengan jaminan selama setahun bagi alat ganti yang digunakan.
Aduh..baik sungguh hati Toyota. Apa lagi yang Toyota tawar ya?
- Pernah mengalami kecemasan atau kereta rosak pada waktu tengah malam? Rasa risau dan cemas tak tahu nak buat apa?
Mudah sahaja, hubungi Toyota! Toyota juga menawarkan perkhidmatan bantuan tepi jalan 24, tujuh hari seminggu.
Jika anda berhadapan sebarang kecemasan di mana-mana sahaja di dalam Malaysia, Toyota akan sentiasa menawarkan sokongan buat pelanggan tersayang.
Perkhidmatan ini termasuklah menunda kenderaan ke pusat servis Toyota yang berhampiran.
- Adakah anda seorang yang sentiasa sibuk dan kurang masa? Mahu semua urusan temu janji dan selenggara kereta ditetapkan hanya di hujung jari?
Toyota menawarkan aplikasi Toyota Drive, yang boleh dimuat turun ke telefon pintar anda. Ini membuatkan urusan mengakses sejarah servis dan melakukan temu janji untuk menyelenggara kereta hanya di hujung jari.
Tekan-tekan dan klik sahaja! Mudah betul…
Pengalaman pemilikan menakjubkan yang ditawakan Toyota menerusi program Care That Amaze ini sungguh menguntungkan pemlilk dan bakal pemilk kenderaan Toyota.
Buat anda yang masih tercari-cari jenama kenderaan yang mampu memberi nilai hebat dan kelapangan minda untuk pemilikan, Toyota antara yang terbaik dan dipercayai!