Toyota berjaya habiskan perlumbaan 24 jam dengan Corolla berenjin hidrogen!

oleh Mohamad Hanif|
Acara Super Taikyu Series 24 jam yang dianjurkan pada penghujung bulan Mei yang lalu menyaksikan jentera Corolla Sport berjaya menghabiskan perlumbaan tersebut dengan hanya menggunakan bahan api hidrogen.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sepanjang tempoh tersebut, jentera Corolla Sport itu telah melengkapkan kira-kira 358 pusingan dengan jarak perjalanan sejauh 1,634 km.

Jika dibandingkan dengan kenderaan hidrogen standard yang menggunakan trenkuasa sel bahan api, jentera Corolla Sport ini menggunakan enjin asal 1.6 liter tiga silinder sebaris dari GR Yaris yang disuap dengan bahan api hidrogen dengan sedikit modifikasi yang perlu dilakukan.

 


Hidrogen termampat itu disimpan di dalam empat tangki bahan api gentian karbon yang diletakkan di bahagian belakang hatchback itu.

Sepanjang tempoh perlumbaan, pasukan Toyota terpaksa melakukan tidak kurang daripada 35 pengisian bahan api selama tempoh enam hingga tujuh minit setiap pengisian, berbanding purata 20 hentian pit yang perlu dilakukan oleh peserta lain.

Toyota menggunakan platform perlumbaan Super Taikyu Series ini untuk meneroka potensi serta menyelesaikan permasalahan  penggunaan bahan api hidrogen sebagai alternatif kepada kenderaan elektrik.

 


Menurut Presiden Toyota, Akio Toyoda menjelaskan, "EV kini berada di tengah-tengah pentas elektrifikasi, dan sekiranya semua beralih kepada EV, lebih 1 juta pekerjaan akan hilang di Jepun.

"Saya mahu buktikan kepada anda, enjin hidrogen merupakan satu pilihan di dalam acara sukan permotoran," ujar beliau yang lebih mesra digelar Morizo ketika berlumba.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Toyota, air boleh menyebabkan berlakunya litar pintas pada komponen elektronik selak pintu…
Berita Global
  Tacoma memiliki muka depan yang rugged dan menarik manakala 4Runner mewarisi ciri tersebut dan…
Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…