Toyota BEV Ultra-kompak - kereta dua penumpang, lebih kecil dari iQ!

oleh Mohamad Hanif|
Tahun ini menerusi acara Tokyo Motor Show, Toyota bakal membawakan kepada mereka yang mahukan sebuah kenderaan mesra alam yang direka untuk perjalanan jarak dekat, dinamakan sebagai Toyota Ultra-compact Battery Electric Vehicle (BEV).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kenderaan yang mampu menempatkan dua penumpang pada satu-satu masa ini memiliki dimensi yang lebih kecil daripada Toyota iQ, dengan dimensi panjang 2,490 mm, lebar 1,290 mm dan tinggi 1,550 mm. 

Memandangkan dimensinya yang begitu terhad, kereta kecil ini 
hanya mampu membawa anda dalam perjalanan bebas emisi sejauh 100 km sahaja, dengan kelajuan maksimum 60 km/j sahaja. 

Menggunakan sistem pengecasan konvensional, ia mampu mencapai kapasiti penuh dalam masa lima jam. 

Difahamkan, kereta dua penumpang ini bakal hadir dalam bentuk yang bersedia untuk diproduksikan. 
 


Tidak cukup dengan itu, sebuah lagi EV bakal diperkenalkan di mana ia adalah varian perniagaan yang mampu menempatkan sebuah sahaja tempat duduk.

Varian kelas perniagaan ini akan bertindak sebagai sebuah pejabat bergerak, mod kereta serta mod 'berehat'. 

Manakala sebuah lagi kenderaan yang bakal diperkenalkan adalah Walking Area BEV yang merangkumi tiga bentuk mod pengangkutan, iaitu skuter berdiri, skuter duduk dan juga sebuah motor elektrik yang disambungkan kepada kerusi roda manual. 

Ketiga-tiga mod ini mempunyai halaju maksimum 6 km/j dengan masa pengecasan yang mampu mencapai 2.5 jam dan ciri pek bateri yang boleh ditukar ganti dengan lebih mudah. 

Jarak operasi ketiga-tiga mod ini juga berbeza, di mana skuter berdiri mampu mencapai 14 km, skuter duduk pula sekitar 10 km manakala mod kerusi roda itu mampu beroperasi sejauh 20 km. 

Ketiga-tiga model ini akan mula dijual kepada umum pada tahun 2020 dan 2021 bergantung kepada jenis model yang ditawarkan. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Di Malaysia sendiri, kesemua 127 unit telah berjaya habis dijual dalam masa yang singkat,…