Toyota buka pusat pameran 2S di Taman Petaling Utama

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Bagi memastikan para pelanggan terus menikmati khidmat selepas jualan, UMW Toyota memperkemaskan rangkaian pusat pengedar dengan melancarkan pusat bertaraf 2S bertempat di Taman Petaling Utama. 

Fasiliti 2S ini dioperasikan oleh Laser Motor Sdn Bhd yang telah lama menjadi pengedar bertauliah bagi kenderaan Toyota semenjak 16 tahun lalu. 

 

 

Menurut Ravindran K, Presiden UMW Toyota Motor berkata, "dengan adanya tambahan pusat pameran di lokasi yang sangat strategik, para pelanggan tidak perlu berjalan jauh untuk mendapatkan khidmat selepas jualan berkualiti dari kami. 

Pusat pameran 2S ini mempunyai 14 ruang kerja yang dikendalikan oleh 13 orang tenaga mahir, selain menawarkan kemudahan-kemudahan seperti sambungan Wi-Fi dan ruang rehat untuk para pelanggan Toyota. 

 

 

Bagi mereka yang berdekatan, bolehlah singgah Pusat Pameran 2S Toyota yang terletak di No. 30E, Jalan PJS 1/46, PJS 1, Taman Petaling Utama, 46150 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. 

Fasiliti ini beroperasi dari Isnin hingga Jumaat (8.00 pagi-5.30 petang) tidak termasuk Cuti Umum. 

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 03-77731818.