Toyota bZ4X dipilih sebagai kereta peronda di London

oleh Mohamad Hanif|
Unit Rondaan Taman (Parks Police) telah menerima satu unit SUV elektrik Toyota bZ4X sebagai kereta peronda merangkumi 28 buah taman, tempat terbuka dan kawasan perkuburan di Royal Borough Kensington dan Chelsea.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Toyota bZ4X itu juga boleh bersiap sedia untuk acara-acara tertentu apabila diperlukan.
 

bz4x


Menurut unit rondaan tersebut, Toyota bZ4X telah dipilih disebabkan oleh trenkuasa pacuan semua roda dan saiznya yang tidak terlalu besar untuk tujuan rondaan di kawasan yang disebutkan tadi.

Malah, sifatnya sebagai sebuah kenderaan sifar emisi menjadikannya lebih sesuai dipandu di taman-taman berbanding kenderaan diesel yang digunakan sebelum ini, memandangkan kebanyakan kawasan di London kini diklasifikasikan sebagai kawasan emisi ultra rendah (Ultra Low Emission Zone).
 

bz4x


Di UK, Toyota bZ4X dilengkapi dengan dua motor elektrik berkuasa 215 hp yang memacu semua roda, dipadankan dengan pek bateri berkapasiti 71.4 kWh dan jarak gerak sejauh 411 km untuk sekali cas penuh.

Baca: Toyota bZ4X

Baca: Toyota bZ4X @ Malaysia

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Selepas Thailand, Malaysia akan menjadi negara kedua di Asia Pasifik untuk menerima kehadiran model…
Berita Domestik
Kedua-dua model tersebut akan tersedia untuk pembelian dalam masa terdekat, dengan tarikh…
Model Terbaharu
Pembukaan tempahan EX30 CKD itu berikutan kejayaan jualan unit CBU yang telah habis terjual selepas…