Bukan sahaja dibina dengan jumlah yang banyak, Camry replika ini juga seberat satu tan!
Toyota Camry LEGO® ini dipertontonkan pada Pameran Brickman Awesome di Melbourne pada 21 Mac hingga 29 April lalu.
Replika Camry ini dipasang dengan pelbagai perincian seperti logo Toyota pada roda aloi, ejaan Hybrid dan juga lampu utama, lampu isyarat dan lampu brek yang berfungsi.
Projek ini dipasang oleh bukan calang individu, ia direka bentuk oleh Ryan 'The Brickman' McNaught yang merupakan satu-satunya profesional LEGO® di kawasan hemisfera selatan dan hanya seorang dari 14 individu di dunia.
Masa yang diambil juga begitu lama iaitu memakan masa 900 jam dan lebih dari lapan minggu untuk disiapkan. Tempoh tersebut juga 40 kali ganda lebih lama berbanding untuk memasang sebuah kereta dari proses stamping panel, pematerian, mengecat, memasang dan memeriksa.
Setelah habis tempoh pameran apakah nasib Toyota Camry LEGO® ini?
Tidak berani hendak bertanya kerana ini adalah kerja seni dan sayang betul jika dirombak semula.
Penulis: Muhammad Md Tajudin