Toyota Camry TRD 2024 untuk Amerika Syarikat, bukan sekadar kosmetik

oleh Muhammad Md Tajudin|
Toyota Camry TRD 2024
Toyota Camry TRD 2024
Toyota Camry begitu digemari di Amerika Syarikat (AS) sehingga menguasai pasaran sedan saiz sederhana selama 21 tahun berturut-turut.

Camry generasi kelapan yang dijual sekarang diperkenalkan pada 2017 dan secara keseluruhannya sudah lebih 40 tahun di Amerika.

Untuk model 2024, ada 18 varian utama yang boleh dipilih pelanggan mengikut kesesuaian kewangan dan citarasa.

Camry di AS bukan sahaja ditonjolkan kepada pengguna kebanyakan tetapi juga untuk pelanggan yang mahukan imej sporti.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Toyota Camry Hybrid XSE
Toyota Camry Hybrid XSE

 

Lihat sahaja koleksi gambar di dalam artikel, si merah yang bernama Camry Hybrid XSE atau si biru Camry Hybrid SE Nightshade.

Pilihan paling sporti ialah Camry TRD dan bukan sekadar dipasang kit aerodinamik tetapi juga komponen pengendalian yang berbeza daripada varian lain.

Walaupun Toyota sibuk mengenengahkan model GR, Toyota Racing Development atau TRD mempunyai warisan dan penjenamaan yang kuat.

Masakan tidak, TRD terlibat di dalam sukan permotoran Toyota selama lebih 40 tahun dan melakar kejayaan di dalam perlumbaan rali, IMSA, NASCAR dan NHRA.

 

Toyota Camry XSE AWD 2024
Toyota Camry XSE AWD 2024

 

Pelantar TNGA-K yang digunakan Camry ibarat jemputan terbuka untuk TRD mempertingkatkan prestasi sedan itu.

Hasilnya ialah Camry TRD yang diperkenalkan pada 2019 sebagai model tahun (MY) 2020 dan pernah kami paparkan sebelum ini dan terus dijual hingga sekarang.

Camry TRD digerakkan enjin 3.5 liter V6 dengan sistem pancitan terus D-4S dan sistem pemasaan VVT-i pada bahagian ekzos.

Sistem VVT-iW (Variable Valve Timing-intelligent Wide) pula berfungsi pada bahagian kemasukan dan boleh menukar enjin kepada kitaran Atkinson.

 

Toyota Camry Hybrid SE Nightshade
Toyota Camry Hybrid SE Nightshade

 

Sistem itu boleh mengurangkan kehilangan pengepaman (pumping losses) akibat penangguhan penutupan injap kemasukan.

Enjin V6 Camry TRD menghasilkan 301 kuasa kuda (hp) pada 6,600 rpm dan tork 362Nm pada 4,700 rpm. 

Transmisi automatik lapan kelajuan Direct-Shift mempunyai mod sport dan pedal tukaran gear untuk aksi berprestasi.

Satu lagi ciri istimewa pada Camry TRD ialah set ekzos cat-back berkembar talaan khas yang mengeluarkan bunyi dan tona pecutan mendalam.

 

Toyota Camry Hybrid XSE 2024
Toyota Camry Hybrid XSE 2024

 

Seperti yang dikatakan, Camry TRD mempunyai ciri pengendalian berbeza dengan varian lain. 

Para jurutera TRD membangunkan sifat dinamika Camry ini melalui ujian ekstensif di Tempat Percubaan Toyota Arizona dan sehingga ke Tempat Percubaan Higashi-Fuji di Jepun.

Casis kereta ditambah baik dengan penggunaan pendakap bawah badan lebih tebal yang meningkatkan ketegaran kilasan.

Suspensi talaan TRD merendahkan badan Camry sebanyak 0.6 inci yang mengurangkan pusat graviti dan tampil lebih agresif.

 

Toyota Camry XSE AWD 2024
Toyota Camry XSE AWD 2024

 

Pegas gegelung dan bar liuk (sway bar) lebih tegar meningkatkan ketegaran oleng sebanyak 44 peratus di depan dan 67 peratus di belakang.

Set penyerap hentak TRD, rim aloi 19 x 8.5 inci hitam kusam dan pilihan tayar musim panas Bridgestone Potenza 235/40R19 melengkapkan pakej pengendalian Camry TRD.

Menghentikan sedan ini ialah brek depan dua omboh dengan cakera 12.9 inci atau lebih besar berbanding set 12 inci dan omboh tunggal pada Camry XSE.

Dari segi penampilan, Camry TRD dilengkapi kit badan aerodinamik seperti pemisah depan, skirt sisi, spoiler hitam kilat dan peresap belakang.

 

Toyota Camry TRD 2024
Toyota Camry TRD 2024

 

Sedan ini juga tampil sporti melalui gril depan hitam kilat dengan jaring khas dan logo warna hitam. 

Pada bahagian dalam, kerusi depan balutan Black Sport SofTex® diriasi jaluran dan sulaman logo TRD merah pada penyandar kepala.

Stereng balutan kulit juga diriasi sulaman merah dan tampak garang dengan tali pinggang keledar juga dalam warna merah.

Logo TRD terpampang pada tombol gear, karpet, meter dengan nyalaan merah dan animasi grafik khas.

 

Toyota Camry TRD 2024

 

Dari segi keselamatan, kesemua varian Camry 2024 dilengkapi sepuluh beg udara, Peringatan Kerusi Belakang dan sistem bantuan pemanduan Toyota Safety Sense 2.5+ (TSS 2.5+).

Ciri-ciri Toyota Safety Sense 2.5+ untuk Camry TRD:

  • Sistem Pra-Pelanggaran dengan Pengesanan Pejalan Kaki (PCS w/PD)
  • Peringatan Penukaran Lorong dengan Bantuan Stereng (LDA w/SA)
  • Lampu Alur Tinggi Automatik (AHB)
  • Bantuan Pengesanan Lorong (LTA)
  • Bantuan Isyarat Jalan (RSA)
  • Kawalan Jelajah Radar Dinamik Kelajuan Penuh (DRCC)

Selain ciri di atas, Camry TRD dilengkapi Blind Spot Monitor, Peringatan Lintasan Trafik Belakang dan cermin sisi dengan pemanas.

 

Toyota Camry TRD 2024

 

Pembeli Camry TRD diberi pilihan warna Midnight Black Metallic dan warna dua tona Underground (kelabu) atau Wind Chill Pearl dengan bumbung Midnight Black Metallic.

Warna itu dipadan dengan angkup brek dan logo TRD warna merah dan muncung ekzos keluli tahan karat TRD.

Berkenaan harga, Camry TRD 2024 dijual daripada AS$33,485 (RM152,128). Merujuk kembali artikel 2019, Camry TRD 2020 dijual pada harga AS$31,040 atau RM129,799 ketika itu.

Penulis: Muhammad Md Tajudin