Toyota catat jualan lebih 90 ribu unit setakat November 2022, peningkatan hingga 44%

oleh Penyumbang Rencana|
Pada acara Media Night yang diadakan Toyota baru-baru ini, UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) telah mengumumkan beberapa perkara penting tentang prestasi syarikat, tawaran baru dan rancangan pada 2023.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

UMWT bakal mengakhiri tahun 2022 dengan kedudukan yang lebih kukuh dalam jualan iaitu dengan 90,595 unit Toyota & Lexus dihantar pada pelanggan dalam tempoh 11 bulan, peningkatan 44% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2021.

Angka ini mengekalkan kedudukan Toyota sebagai jenama automotif bukan nasional nombor 1 di Malaysia. Toyota berhasrat untuk mengekalkan trend positif ini pada tahun 2023, di samping pelancaran beberapa model baharu pada tahun akan datang.

Pada majlis Toyota Move Your World Media Night,  Presiden UMWT, Ravindran K. berkongsi butiran mengenai hala tuju baharu syarikat itu di Malaysia, selaras dengannya wawasan serantau untuk visi "Move Your World".

 

Media night

 

Beliau menjelaskan, "Move Your World ialah kesedaran kami tentang masyarakat mobiliti masa depan, dalam usaha kami untuk beralih daripada sebuah syarikat kereta kepada syarikat mobiliti."

"Pemilikan kereta akan menjadi lebih mudah berbanding sebelum ini, dengan penghantaran ke depan pintu anda, perkhidmatan bantuan penyelenggaraan kereta holistik, pengurusan kos pemilikan yang lebih mudah dan banyak lagi."

"Apabila masyarakat terdiri dari pelbagai lapisan, kebebasan memilih semakin meningkat, ianya dicerminkan dalam tawaran baharu Toyota termasuk kenderaan kurang karbon Hibrid-Elektrik, kenderaan neutral karbon Bateri-Elektrik dan model berprestasi GR. Kami akan umumkan butiran lanjut mengenai tawaran baharu ini pada 2023, jadi nantikan.”

Di Malaysia, beliau percaya bahawa HEV adalah pilihan paling mudah diakses dan mampu dimiliki oleh pemilik kereta untuk memulakan perjalanan pengurangan karbon mereka.

Penulis: Ahmad Danial Yasin

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, menzahirkan kepuasannya dengan prestasi 2023, di mana kejayaan…
Berita Domestik
Setakat November, UMWT telah berjaya mencatatkan jumlah jualan sebanyak 97,705 unit, peningkatan 7.…
Model Terbaharu
Bersempena dengan pelancaran strategi berbilang laluan baru-baru ini, UMWT turut mempamerkan sebuah…