Toyota Compact Cruiser EV Concept - SUV off-road kompak dengan elemen FJ Cruiser

oleh Mohamad Hanif|
Sebelum tahun 2021 melabuhkan tirainya, Toyota memperlihatkan sehingga 15 buah kereta konsep di mana ia dikatakan bakal direalisasikan menjadi model produksi yang sebenar pada masa akan datang.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Salah satu daripadanya adalah Compact Cruiser EV Concept, di mana sekali imbas mengingatkan kita kepada model Toyota FJ Cruiser.
 

Compact


Menurut Toyota, rekaan Compact Cruiser EV ini sememangnya mengambil inspirasi daripada generasi pertama Land Cruiser, serta rekaan retro-futuristik daripada FJ Cruiser.

Ia menampilkan elemen seperti skid plate yang besar, fender bersegi, jarak kelegaan tanah yang tinggi, tangga di bahagian sisi, serta kehadiran rak bumbung yang memperlihatkan konsep sebenar kenderaan ini biarpun ia sebenarnya bersaiz kompak.
 

Compact


Dengan sistem pacuan semua roda secara standard, Toyota menyasarkan Compact Cruiser ini kepada golongan professional muda yang mahu menikmati aktiviti luar yang santai.

Setakat ini, tiada sebarang info berkenaan trenkuasa dan platform yang digunakan, namun besar kemungkinan ia mungkin sekali akan lahir sebagai sebuah SUV off-road berkuasa elektrik menggunakan pelantar eTNGA.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…
Berita Global
  2023 merupakan tahun mencabar yang menyaksikan pemberian paten menurun tiga peratus merentasi…