Toyota Corolla 2021 sedan bakal terima pakej penampilan sporti - Apex Sport Package

oleh Mohamad Hanif|
Setelah pengenalan model hatchback model hatchack Toyota Corolla Special Edition 2021 baru-baru ini, Toyota akan membawakan sebuah lagi pakej sporti kali ini dikhususkan untuk model sedan Corolla.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Pakej yang dinamakan Apex Sport Package ini merupakan naik taraf berbentuk kosmetik untuk varian pertengahan SE dan premium XSE yang boleh didapati dalam masa beberapa bulan akan datang.

Berdasarkan laporan daripada Car and Driver, pakej Apex Sport ini turut menawarkan pemasangan tayar berprestasi tinggi, berbanding tayar standard Michelin atau Yokohama yang dipasang pada model sedan pada ketika ini.

 


Namun, ia tidak melibatkan peningkatan kuasa daripada enjin di mana nadi asal 2.0 liter masih kekal dengan kuasa 169 hp yang digandingkan dengan transmisi manual enam nisbah kelajuan (varian SE) dan CVT pada varian XSE.

Selain daripada itu, Toyota Corolla Apex Sport Package ini juga turut didatangkan dengan tiga layangan warna iaitu hitam dan putih dengan bumbung hitam, serta warna baharu kelabu yang digelar sebagai Cement.

Perincian lanjut bakal diumumkan sedikit masa lagi, dan berkemungkinan besar akan disekalikan dengan pengumuman berkenaan hot hatch GR Corolla.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dengan rupa luaran yang diinspirasikan daripada model-model berorientasikan prestasi GR, Corolla GR…