Toyota Corolla Active Sport Touring dan Sedan untuk Jepun, lebih sporti, talaan pada pengendalian

oleh Muhammad Md Tajudin|
Toyota Corolla Active Sport Touring dan Sedan
Toyota Corolla Active Sport Touring dan Sedan
Tiga sekawan iaitu Toyota Corolla sedan, Touring (wagon) dan Sport (hatchback) edisi 2024 dilancar di Jepun pada 2 April.

Walaupun dikeluarkan sejak 2018, Toyota berpendapat masih terdapat ruang untuk mempertingkat kelengkapannya.

Corolla 2024 menerima penambahan fungsi keselamatan seperti Bantuan Brek Keselamatan untuk objek pegun depan dan belakang serta kenderaan dari belakang.

Turut dilengkapi fungsi keselesaan seperti kerusi dan stereng dengan pemanas, penulenan udara Nanoe X dan teknologi Kunci Digital.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
 Toyota Corolla Touring Active Sport

 

Selain naik taraf tersebut ada lagi buah tangan dari Toyota iaitu Corolla Active Sport untuk kedua-dua model Touring (wagon) dan sedan.

Model ini ditawarkan kepada pengguna yang mahukan sesuatu lebih sporti berbanding varian lain. Model GR Corolla pula terlalu 'hardcore' untuk pelanggan biasa.

Apa yang istimewa tentang Corolla Active Sport? Pertama sekali penampilannya yang lebih sporti dengan bampar baharu dan dilengkapi bibir dan pendakap sisi.

Bahagian sisi dibezakan dengan panel alang pintu baharu yang mempunyai logo Active Sport. Rim 17 inci dibuat dalam warna Piano Black dan bingkai warna perak.

 

Toyota Corolla Active Sport

 

Bahagian dalam istimewa dengan kerusi sport balutan kulit tiruan dan Brin Naub dari TB Kawashima yang menyamai suede.

Turut meriah sulaman warna kelabu pada kerusi, perehat tangan, panel pintu dan stereng.

Logo Active Sport terpampang pada papan pemuka di hadapan penumpang. Satu lagi yang istimewa ialah pedal aluminium.

Tidak hanya kosmetik, Toyota menumpukan pada pengendalian dengan model pacuan dua roda (2WD) dilengkapi ampaian talaan khas.

 

Toyota Corolla Active Sport Sedan dan Touring

 

Stereng berkuasa elektrik juga berbeza dan dioptimum menggunakan perisian khas. Talaan tersebut menawarkan kestabilan pengendalian dan keselesaan yang tinggi.

Kedua-dua wagon dan sedan Active Sport kekal digerakkan enjin hibrid 1.8 liter 2ZR-FXE yang menghasilkan 98 ps pada 5,200 rpm dan tork 142Nm pada 3,600 rpm.

Motor elektrik depan 1VM mempunyai kuasa 95 ps dan tork 185Nm. Motor elektrik belakang 1WM untuk model pacuan empat roda E-Four berkuasa 30 ps dan 84Nm.

Terdapat tiga warna yang ditawarkan iaitu Platinum White Pearl Mica, Attitude Black Mica dan Cement Gray Metallic yang dibuat khusus untuk model ini.

 

Toyota Corolla Active Sport Sedan dan Touring 2024

 

Harga Toyota Corolla Active Sport:

  • Touring 2WD: 3,190,300 yen (RM99,956)
  • Touring E-Four: 3,388,300 yen (RM106,160)
  • Sedan 2WD: 3,140,300 yen (RM98,395)
  • Sedan E-Four: 3,338,300 yen (RM104,599)

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Toyota Corolla Active Sport 2024