Toyota Corolla Altis bakal dilancarkan di Thailand Ogos ini - harga dari RM100 ribu

oleh Mohamad Hanif|
Nampaknya, Thailand bakal menerima unit Toyota Corolla generasi baharu tidak lama lagi dan menurut laporan yang dikeluarkan oleh Headlightmag, ia bakal menerima spesifikasi yang sama seperti apa yang dijual di Taiwan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Seperti yang kita semua maklum, Toyota Corolla generasi ke-12 dibangunkan berdasarkan platform global TNGA yang turut menjadi pelantar kepada Prius, Camry dan juga C-HR. 

Suspensi hadapan Toyota Corolla Altis menggunakan sistem suspensi MacPherson di hadapan manakala dibelakang pula menerima khidmat daripada sistem multilink Double Wishbone. 
 


Thailand bakal menerima tiga varian enjin yang dimulakan dengan enjin 1.6 liter 1ZR-FAE empat silinder yang mampu menjana 132 kuasa kuda dan 159 Nm dipadankan dengan transmisi manual atau CVT. 

Versi yang lebih berkuasa pula dilengkapkan dengan nadi 2ZR-FE 1.8 liter empat silinder sebaris dengan kuasa 140 hp dan 173 Nm dengan transmisi Super CVT-i. 
 


Terdapat varian hibrid 1.8 liter 2ZR-FXE kitaran Atkinson (98 hp/142 Nm) dengan sistem motor elektrik (72 hp/163 Nm), dengan kuasa gandingan maksimum 122 kuasa kuda yang dipadankan dengan E-CVT. 

Toyota mengekalkan ciri-ciri keselamatan Toyota Safety Sense 2.0 seperti:

  • Amaran Pra-Pelanggaran
  • Lampu Suluh Tinggi Automatik
  • Kawalan Pelayaran Radar Dinamik Kelajuan Penuh
  • Bantuan Pengesan Laluan
  • Amaran Keluar Laluan dengan Bantuan Stereng
  • Sistem Pemantauan Titik Buta

 


Manakala sistem keselamatan pasif pula merangkumi:

  • 7 beg udara
  • Brek Anti Kunci ABS
  • EBD
  • Kawalan Cengkaman
  • Bantuan Brek
  • Kawalan Kestabilan Kenderaan

 


Difahamkan, Toyota Thailand bakal menawarkan sehingga enam varian dengan harga anggaran seperti berikut: 

  • 1.6 J (6 MT) - 7xx,000 baht (RM100 ribu)
  • 1.6 G (CVT) - 86x,000 baht (RM115 ribu)
  • 1.8 GR Sport (CVT) - 9xx,000 baht (RM132 ribu)
  • 1.8 HV Entry (E-CVT) - 94x,000 baht (RM126 ribu)
  • 1.8 HV Mid (E-CVT) - 9xx,000 baht (RM132 ribu)
  • 1.8 HV High (E-CVT) - 1,0xx,000 baht (RM147 ribu)

Sumber: Headlightmag

Berita Berkenaan

Informasi
Dalam tempoh 55 tahun, Corolla telah membuktikan keampuhannya dengan lebih 50 juta unit telah…
Informasi
  Di bawah ialah senarai komponen yang telah diganti oleh Cin sepanjang usia Altis beliau yang…
Berita Global
Daripada 12 kategori tersebut, lima kategori telah dimenangi oleh Toyota menerusi anugerah berikut…