Toyota Corolla Commercial 2023 - wagon dengan trenkuasa hibrid 1.8 liter, 138 hp

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada ditawarkan sebagai sebuah kereta keluarga, Toyota Corolla Touring juga turut dijual dalam versi komersial yang sangat sesuai digunakan untuk pengusaha perniagaan kecil dan sederhana.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Penawaran Corolla Commercial telah dikemaskini untuk tahun 2023 dengan membawakan perubahan dari segi trenkuasa serta naiktaraf ciri-ciri keselamatan.
 

Corolla


Trenkuasa yang dimaksudkan itu ialah enjin hibrid generasi kelima bersesaran 1.8 liter yang mampu menghasilkan 138 hp, membolehkan 'van' ini memecut sepantas 9.4 saat dari 0-100 km/j.

Menurut Toyota, trenkuasa hibrid ini lebih ringan, dan dalam masa yang sama menawarkan tahap kecekapan yang lebih baik, terima kasih kepada penggunaan unit kawalan kuasa yang boleh mengurangkan kadar kehilangan tenaga di dalam sistem.
 

Corolla


Saiz bateri juga turut dikecilkan dan 14 peratus lebih ringan, namun ia membawakan peningkatan kuasa sehingga 14 peratus berbanding pek bateri terdahulu.

Ciri keselamatan Toyota Safety Sense didatangkan standard, dibantu dengan unit kamera baharu dengan sudut penglihatan yang lebih luas, serta radar gelombang milimeter bagi mengesan halangan objek di hadapan kenderaan.
 

Corolla


Dimensi Corolla Commercial ini masih lagi sama, dengan menawarkan ruang kargo sebesar 1,326 liter, had berat sehingga 425 kg dan keupayaan untuk menunda muatan seberat 750 kg.

Harga jualan Toyota Corolla Commercial ini bermula dari  £24,503 (RM130,115).

Berita Berkenaan

Berita Global
Menggunakan asas daripada Corolla Touring Sports, Toyota telah membuang kerusi baris kedua bagi…