Toyota Corolla Commercial - wagon dengan ruang kargo sebesar 1326 liter

oleh Mohamad Hanif|
Toyota baru-baru ini mendedahkan imej rasmi bagi model wagon (atau van kargo) yang dikhususkan untuk perniagaan kecil sederhana, iaitu Corolla Commercial.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Menggunakan asas daripada Corolla Touring Sports, Toyota telah membuang kerusi baris kedua bagi menawarkan ruang kargo sebesar 1,326 liter dengan rekaan lantai yang rata beserta dengan jalur getah yang tahan lasak.
 

Corolla


Standard untuk kereta kegunaan komersial, terdapat pembahagi antara ruang kargo dan kokpit di bahagian hadapan, serta tambahan soket kuasa 12V untuk kegunaan peralatan pertukangan dan sebagainya.

Dari segi kuasa, Corolla Commercial ini didatangkan dengan nadi hibrid 1.8 liter yang mampu menjana kuasa 118 hp dan 142 Nm, di mana kapasiti muatan adalah seberat 425 kg, serta kapasiti menunda sekitar 750 kg.
 

Corolla


Terdapat tiga warna pilihan iaitu Pure White, Eclipse Black atau Silver, di mana Toyota turut menawarkan pakej Style Pack yang merangkumi trim kontras pada bahagian bampar dan bahagian bawah pintu dengan warna merah, hitam atau krom.

Harga jualan Corolla Commercial bermula dari £26,510 (RM145,307) di mana ia jauh lebih murah berbanding model Corolla Touring Sports di pasaran Eropah.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Syarikat yang dinamakan Flexis itu menyasarkan untuk mengambil peluang peningkatan permintaan bagi…
Berita Global
Di India, terdapat sebuah model baharu yang dikelaskan di bawah kenderaan komersial ringan (LCV),…
Berita Global
Sepanjang tempoh tersebut, kedua-dua syarikat itu akan menilai tahap keberkesanannya dalam…