Toyota Corolla Cross GR Sport 2023 rasmi – unit CBU, dari RM142,000

oleh Mohamad Hanif|
UMW Toyota akhirnya melancarkan sebuah crossover GR Sport bagi melengkapi keluarga crossover Toyota Corolla Cross di pasaran Malaysia.

LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

Tidak seperti Corolla Cross yang dipasang di kilang Malaysia, Corolla Cross GR Sport ini merupakan unit import (CBU) yang menawarkan rupa paras yang lebih agresif, dan disempurnakan dengan pengendalian dan pemanduan yang lebih sporti.
 

corolla


Tiada talaan diberikan pada nadi kuasa 2ZR-FE, bermakna enjin 1.8 liter aspirasi natural Dual VVT-i itu mampu menjana kuasa setinggi 139 PS @ 6,400 rpm dan daya kilas 172 Nm @ 4,000 rpm, dipadankan dengan transmisi CVT tujuh nisbah kelajuan yang memacu roda hadapan.

Namun, perincian yang lebih diberikan kepada aspek pemanduan dan pengendalian, di mana Corolla Cross GR Sport ini mendapat sistem stereng dengan ECU Sport, sistem suspensi depan belakang yang telah ditala, diikuti dengan pemasangan bar berprestasi tinggi yang mampu mengurangkan kesan olengan badan.
 

corolla sport


Dari segi luaran, Corolla Cross GR Sport 2023 membawakan kemasan dua tona, unit lampu belakang LED dengan perumah jernih, kemasan bampar dan diffuser eksklusif, kemasan hitam pada jeriji radiator, serta rim aloi twin-spoke bersaiz 18 inci eksklusif.

Tiga pilihan warna (dengan kemasan dua tona) ditawarkan iaitu Platinum White Pearl, Red Mica Metallic dan Nebula Blue.

Kemasan pada ruang kabin pula terdiri daripada upholsteri kulit dengan jahitan kontras merah pada roda stereng, tombol gear dan tempat duduk, logo GR pada butang pandu mula dan perehat kepala, serta alas lantai berlogokan GR.
 

corllla


Ciri lain adalah hampir sama dengan Corolla Cross 1.8V seperti pemasangan rel bumbung, tempat duduk pemandu larasan lapan cara, tempat duduk belakang boleh laras, skrin infotainmen sembilan inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, serta pintu belakang berkuasa dengan penderia tendangan.

Corolla Cross GR Sport 2023 turut dilengkapi dengan Toyota Safety Sense 2.0, paparan panorama 3D, tujuh beg udara SRS dan sistem telematik kenderaan (VTS).
 

corolla


Harga jualan Toyota Corolla Cross GR Sport 2023 bermula dari RM142,000, tidak termasuk pendaftaran dan insurans.