Toyota Corolla Cross GR Sport mendarat di Thailand - dari RM154k

oleh Mohamad Hanif|
Kita telah pun melihat kelibat Toyota Corolla Cross GR Sport yang telah dilancarkan di Taiwan beberapa bulan yang lalu, dan kini ia mula ditawarkan di pasaran negara jiran, Thailand.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Toyota Corolla Cross GR Sport merupakan varian tertinggi di dalam penawaran Corolla Cross, dan ia hanya boleh didapati dalam versi hibrid sahaja.
 

GR Sport


Ini bermakna, Corolla Cross GR Sport ini mendapat nadi 2ZR-FXE 1.8 liter kitaran Atkinson  yang mampu menghasilkan 98 PS/142 Nm yang dipadankan dengan motor elektrik (72 PS/163 Nm) dengan kuasa gandingan sekitar 122 PS dan penggunaan bahan api serendah 4.29 liter/100 km.

Dari segi luaran, ia membawakan kit badan GR Sport yang merangkumi perubahan besar pada muka hadapan seperti gril dengan kemasan hitam berkilat, bukaan kemasukan udara pada bahagian bawah, diikuti dengan pemasangan skid plate pada bampar depan dan belakang.

Sementara unit lampu LED belakang pula mendapat perumah jernih, diikuti dengan layangan warna hitam pada bumbung dan rim aloi dua tona bersaiz 18 inci.
 

GR Sport


Untuk ruang kabin, ia mendapat tempat duduk dengan sulaman logo GR pada perehat kepala, upholsteri kulit hitam serta trim dalaman hitam berkilat.

Sebagai sebuah model GR Sport, Corolla Cross GR Sport ini mendapat talaan kepada sistem stereng dan strut bar bawah, serta penambahan ciri keselamatan fungsi berhenti dan bergerak pada kelajuan rendah pada kawalan jelajah adaptif.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, tidak seperti model yang dipasarkan di Jepun, Corolla Cross facelift Thailand ini dilihat…
Berita Global
Menurut Toyota Motor North America, SUV Corolla Cross yang dipanggil semula itu perlu diperiksa…
Berita Global
Perubahan utama boleh didapati pada model hibrid, di mana enjin 1.8 liter itu telah menerima modul…