Toyota Corolla Cross Hybrid CKD 2022 mampu capai 4.29 l/100 km

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan sesi pandu uji media, UMW Toyota telah mendedahkan lebih banyak perincian berhubung model SUV terbaharu Corolla Cross Hybrid versi pemasangan tempatan (CKD).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Varian Hybrid CKD ini akan dipasang bersama-sama model petrol 1.8V dan 1.8G di kilang Bukit Raja, dengan harga jualan anggaran bermula dari RM137,000.

Berikut merupakan perincian spesifikasi trenkuasa Corolla Cross Hybrid CKD.
 

Corolla


Enjin: 2ZR-FXE 1.8 liter kitaran Atkinson (98 PS/142 Nm)
Motor elektrik: 72 PS/163 Nm
Kuasa gandingan: 122 PS
Penggunaan bahan api: 23.3 km/l (4.29 liter/100 km).
Transmisi: e-CVT, pacuan roda hadapan
Bateri: nickel-metal hydride 6.5 Ah

Ruang kabin Corolla Cross Hybrid didatangkan dengan skrin paparan berbilang informasi (MID) bersaiz tujuh inci berwarna, sistem kawalan iklim dua zon automatik, sistem pencahayaan ambien, serta roda stereng dengan butang fungsi.

Dari segi pemanduan, Corolla Cross didatangkan dengan suspensi hadapan MacPherson, suspensi torsion beam di bahagian belakang, sementara dua varian tertinggi didatangkan dengan rim 18 yang dibaluti tayar 225/50 R18.

Secara standard, kesemua varian didatangkan dengan kelengkapan seperti lampu hadapan Bi-LED (aksen biru untuk varian hibrid) dengan fungsi DRL, lampu LED belakang, pintu tailgate berkuasa elektrik, rel bumbung, serta cermin hadapan akustik.
 

Corolla


Sistem infotainmen pula adalah bersaiz 9 inci dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto, dibantu dengan enam pembesar suara.

Kecuali varian 1.8G, kesemua varian Corolla Cross hadir dengan ciri Toyota Safety Sense yang merangkumi sistem pra-pelanggaran (PCS), amaran keluar lorong (LDA) dengan bantuan stereng, kawalan jelajah radar dinamik (DRCC), bantuan pengesan lorong, dan bantuan suluhan tinggi automatik (AHB).

Ciri standard yang dimuatkan termasuklah tujuh beg udara, cagak ISOFIX, kawalan kestabilan kenderaan (VSC), kawalan cengkaman (TRC), bantuan mula mendaki (HAC), sistem amaran tekanan tayar (TPWS), ABS, BED, Bantuan Brek, sistem pemantauan titik buta (BSM), dan amaran lintasan trafik belakang (RCTA).
 

Corolla


Harga jualan rasmi hanya akan diketahui menjelang pelancaran yang dijadualkan berlangsung pada 14 Januari ini.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…
Berita Global
  2023 merupakan tahun mencabar yang menyaksikan pemberian paten menurun tiga peratus merentasi…