Toyota Corolla Cross rasmi dilancar di Jepun, Taiwan pula dapat versi GR Sport

oleh Mohamad Hanif|
Pasaran Jepun baharu sahaja menerima kehadiran model crossover Corolla Sport setelah setahun pelancaran rasminya di Thailand pada Julai 2020.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Namun, ia menampilkan perubahan kecil pada bahagian front fascia, di mana Corolla Cross spesifikasi Jepun kini membawakan logo C (tipikal untuk model Corolla), diikuti dengan rekaan gril hadapan yang telah direndahkan posisinya.

 

C


Disebabkan perubahan gril utama itu, rekaan bukaan pada bampar hadapan adalah lebih lebar jika dibandingkan dengan Corolla Cross pasaran lain.

Bahagian sisi pula tidak menampilkan perubahan yang besar, melainkan rekaan rim aloi yang ditawarkan, sementara bahagian belakang pula menampilkan rekaan lampu belakang dengan grafik LED baharu.

Untuk pasaran Jepun, Corolla Cross didatangkan dengan enjin hibrid 1.8 liter petrol dengan opsyen sistem pacuan semua roda.
 

C


Sementara model E-Four pula didatangkan dengan naiktaraf sistem suspensi belakang daripada tetapan torsion beam kepada tetapan double-wishbone yang lebih sofistikated.

Harga jualan Corolla Cross di Jepun bermula dari 1,999,000 yen (RM75,704) sehinggalah kepada 3,199,000 yen (RM121,150) untuk model hibrid AWD trim Z.


Toyota Corolla Cross (Jepun)

 

Toyota Corolla Cross GR Sport


Sementara itu, di Taiwan Toyota melancarkan Corolla Cross dalam varian GR Sport yang menampilkan perubahan dari segi visual, serta naiktaraf aspek mekanikal berbanding model standard.

Selain daripada rupa paras yang lebih agresif, Corolla Cross GR Sport kini menampilkan sistem suspensi yang ditala oleh Gazoo Racing yang menawarkan pemanduan yang lebih sporti, serta pendakap bertetulang casis baharu untuk casis yang lebih tegar.
 

GR Sport


Dari segi penampilan, SUV itu mendapat bampar hadapan yang telah direka semula dengan rekaan gril yang hampir menyamai model Hilux, diikuti dengan liang kemasukan yang lebih besar dan menempatkan perumah lampu kabus.

Seperti bahagian luar, ruang kabin Corolla Cross GR Sport pula didatangkan dengan kemasan logo GR pada tempat duduk, butang pandu mula GR, serta grafik khas yang terpampang pada skrin infotainmen bersaiz sembilan inci itu.

Toyota Corolla Cross GR Sport boleh didapati dengan enjin petrol 1.8 liter menghasilkan 138 hp dan 172 Nm digandingkan dengan CVT-i, atau enjin hibrid 1.8 liter dengan motor elektrik yang mampu menjana kuasa keseluruhan 121 hp yang dipadankan dengan kotak gear E-CVT.
 

GR Sport


Di pasaran Taiwan, Corolla Cross GR Sport ditawarkan pada harga bermula dari TWD 875,000 (RM131,584).

 

Toyota Corolla Cross GR Sport

Berita Berkenaan

Berita Global
Terbaharu, laman Drive AU melaporkan Toyota telah mendaftarkan tanda dagang "Land Cruiser FJ" di…
Pelancaran
Tidak seperti Corolla Cross yang dipasang di kilang Malaysia, Corolla Cross GR Sport ini merupakan…
Berita Global
Keberkesanan sistem trenkuasa tersebut telah dibuktikan menerusi perlumbaan Super Taikyu Series 24…