Toyota Corolla FX Special Edition untuk AS, kenang Corolla FX16 1987

oleh Muhammad Md Tajudin|
Toyota Corolla FX Special Edition
Toyota Corolla FX Special Edition
Toyota Corolla generasi 'sedozen' (ke-12) dikeluarkan sejak 2018 dan meneruskan warisan sejak berpuluh tahun lamanya.

Pengguna tempatan dapat menikmati model rasmi dari UMW Toyota atau unit hatchback terpakai dari Jepun.

Salah. Pengguna tempatan juga dapat menikmati model hatchback dari UMW Toyota melalui GR Corolla. Ada sebuah lagi model iaitu Corolla Touring atau wagon.

Corolla nama besar di Amerika Syarikat dan terbaru Toyota memperkenalkan edisi istimewa Corolla FX dan sebagai penghormatan kepada Corolla FX16 tahun 1987.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024
Toyota Corolla FX16

 

Model itu hidup satu era dengan AE86 dan menggunakan enjin legenda 4A-GE. Bezanya, FX16 dalam bentuk hatchback dan menggunakan pacuan depan berbanding belakang.

Corolla FX 2025 diasaskan dari Corolla SE dan dilengkapi spoiler yang lebih sporti atau ala TRD. Rim juga cantik dalam saiz 18 inci dan berwarna hitam satin dan kemasan mesin.

Lagi ciri khas seperti bumbung, perumah cermin sisi dan logo hitam. Pada bahagian dalam, Corolla FX menggunakan kerusi balutan fabrik Moonstone dengan sulaman jingga. 

Skrin 10.5 inci dijadikan kelengkapan asas pada Corolla FX dan pilihan pada Corolla 2025 lain. Turut dilengkapi skrin tujuh inci dan pengecas tanpa wayar.

 

 Toyota Corolla FX Special Edition 2025

 

Pelanggan ditawarkan warna badan Midnight Black Metallic manakala Ice Cap dan Underground khusus dipadan bersama bumbung Midnight Black Metallic.

Tidak hanya menjual nama dan gaya, Corolla FX menggunakan pegas gegelung lebih rendah dan nampak garang. Stereng Kuasa Elektrik turut ditala untuk rasa lebih sporti.

Menggerakkan kereta ialah enjin 2.0 liter Dynamic Force yang menghasikan 169 kuasa kuda dan daya kilas 205Nm.

 

 Toyota Corolla FX Special Edition 2025

 

Dari segi keselamatan, Toyota Safety Sense 3.0 membentuk ciri asas Corolla FX 2025. 

Walaupun sudah beberapa tahun di pasaran, Corolla masih lagi relevan dan mungkin akan menerima pengganti dalam tahun mendatang.

Toyota boleh menggantikannya dengan mudah dan menggunakan rupa depan yu kepala tukul namun nasib GR Corolla perlu diberi jaminan.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

 Toyota Corolla FX Special Edition 2025