Toyota Corolla GR Sport 2023 rasmi - pakej naik taraf suspensi, kit badan sporti, RM152,800

oleh Mohamad Hanif|
UMW Toyota hari ini secara rasmi mengumumkan ketibaan model sedan segmen C dalam varian yang lebih sporti, iaitu Corolla GR Sport 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kehadiran model sedan sporti tersebut bakal menyertai keluarga GR Sport yang lain termasuklah Corolla Cross GR Sport dan Hilux GR Sport yang telah dilancarkan sebelum ini.
 

Corolla


Dari segi kuasa, Corolla GR Sport masih lagi mengekalkan enjin empat silinder sebaris 1.8 liter 2ZR-FE dengan kuasa setinggi 138 hp @ 6,400 rpm dan daya kilas 172 Nm @ 4,000 rpm yang dipadankan dengan transmisi CVT memacu roda hadapan.

Standard untuk model GR Sport ialah sistem suspensi yang telah dinaiktaraf terdiri daripada spring, peredam dan bar anti oleng yang mampu menawarkan pemanduan yang lebih sporti berbanding model talaan biasa.
 

GR


Dari segi luaran, Corolla GR Sport dipadankan dengan kit badan yang lebih agresif, terdiri daripada bampar depan dengan bukaan bawah yang lebih luas, liang udara palsu di bahagian sudut, rim aloi dua tona bersaiz 18 inci, skirt sisi, serta skirt belakang dengan diffuser terbina.

Untuk ruang kabin pula, ia mendapat elemen warna merah serta jahitan warna merah pada panel pintu dan tempat duduk, logo GR pada perehat kepala, butang pandu mula GR, skrin kluster digital penuh serta kehadiran ciri baharu paparan head-up.
 

GR


Untuk makluman, Toyota Corolla GR Sport dijual pada harga bermula dari RM152,800.

Selain daripada Corolla GR Sport, UMW Toyota turut memperkenalkan ciri penambahbaikan pada model Corolla standard.
 

GR


Dengan harga jualan bermula dari RM139,800, Corolla 2023 mendapat ciri baharu seperti rekaan jeriji dan rim yang dikemaskini, serta skrin kluster digital penuh bersaiz 12.3 inci.

UMW Toyota juga akan menganjurkan Showroom Weekender bermula 8-10 September ini di Semenanjung Malaysia, dan 23-24 September ini di Malaysia Timur.

Pelanggan yang berminat boleh melihat sendiri Corolla GR Sport di 51 outlet yang terpilih, atau Corolla G di 24 outlet terpilih.
 

Toyota Corolla IMP 2023

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sesuai dengan namanya, Yaris G Limited hanya akan ditawarkan sebanyak 600 unit terhad sahaja dengan…
Model Terbaharu
Kehadiran Hiace SLWB sekaligus menjadi tambahan baharu kepada rangkaian model Hiace yang menjadi…
Model Terbaharu
Tidak seperti penawaran terdahulu, Hiace Panel Van kini didatangkan dengan enjin diesel turbo 3.0…