Toyota Crown Crossover RS Landscape, bawa imej lasak!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Toyota Crown Crossover RS Landscape
Toyota Crown Crossover RS Landscape
Toyota Crown generasi ke-12 dikembangkan kepada empat model iaitu Crossover, Sport, Sedan dan Estate.

Daripada empat model, Crown Crossover diperkenalkan dahulu pada 2022. Berbekalkan badan yang tinggi, Crown Crossover mempunyai potensi.

Potensi yang dimaksudkan ialah dijadikan kereta aktiviti luar seperti mengembara dan berkhemah dan ini yang ditunjukkan melalui Crown Crossover RS Landscape.

Model ini disolek dari Crossover RS dan menggunakan warna khas hitam dan urban khaki dan menonjol dengan pendakap gerbang roda dan tayar semua permukaan (AT) saiz 245/60R18.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
 Toyota Crown Crossover RS Landscape

 

Apa lagi yang menyerlah? Badan yang jelas tinggi atau dinaikkan dari permukaan jalan sekitar 25 milimeter (mm) hasil penalaan pada ampaian.

Kenapa tidak beli sahaja kenderaan utiliti sukan (SUV)? Terpulang pada citarasa sebagai contoh Lamborghini mempunyai Huracán Sterrato dan Porsche dengan 911 Dakar.

Satu perkakasan kecil namun menonjol ialah penghadang lumpur yang siap dengan logo Crown.

Lagi kelengkapan bermanfaat seperti lambu kabus belakang dan cangkuk tunda yang kemas dengan penutup berlogo Crown dan kapasiti tunda sehingga 750 kilogram (kg).

 

 Toyota Crown Crossover RS Landscape

 

Pada bahagian dalam, model ini menggunakan hiasan hitam khas dan logo Landscape Crown yang dibuat dengan laser pada papan pemuka.

Kerusi belakang boleh dipisah dengan nisbah 60/40. Pelanggan turut dibekalkan fob kunci dan dompet khas Crown Crossover RS.

Rak bumbung yang ditunjukkan di dalam gambar boleh dipesan dari pengedar pada harga 44,990 yen (RM1,406).

Crown Crossover RS digerakkan enjin hibrid 2.4 liter T24A-FTS turbo yang menghasilkan 272 ps pada 6,000 rpm dan tork 460Nm dari 2,000 sehingga 3,000 rpm.

 

Toyota Crown Crossover RS Landscape 2024.02

 

Enjin dipadan bersama kotak gear automatik Direct Shift-6AT dan pacuan semua roda E-Four Advanced.

Motor 1ZM depan mempunyai kuasa 61 kilowatt (kW) (82.9 ps) dan tork 292Nm. Motor belakang 1YM belakang berkuasa 59 kW (80.2 ps) dan tork 169Nm.

Rangkaian kuasa Crown Crossover RS lebih berprestasi berbanding varian Crown Crossover lain yang menggunakan enjin hibrid 2.5 liter A25A-FXS.

Toyota menawarkan Crown Crossover RS Landscape pada harga 6,850,000 yen (RM214,080) dan pengeluaran dihadkan pada tahun 2024 sahaja.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

 Toyota Crown Crossover RS Landscape