Toyota Crown Sport 2024 - bentuk badan SUV dengan rupa ala Purosangue

oleh Mohamad Hanif|
Toyota hari ini melancarkan bentuk badan kedua bagi model Crown generasi keenam belas, iaitu Crown Sport 2024 untuk pasaran Jepun.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kebiasaannya, nama 'Sport' selalu dikaitkan dengan bentuk badan hatchback, namun Crown Sport ini sebenarnya membawakan bentuk badan SUV dengan jarak lega bumi yang lebih tinggi.

Dari segi dimensi, Crown Sport 2024 ini membawakan ukuran sepanjang 4,720 mm, lebar 1,880 mm, dengan tinggi 1,565 mm.
 

crown


Unik untuk model Crown Sport ini ialah rekaan fender belakang yang lebih lebar bagi menjadikan penampilan yang sporti dan lebih dinamik.

Rekaan muka hadapan seakan jerung kepala tukul yang dibawakan pada Crown Crossover turut dikekalkan pada Crown Sport, menjadikan rupa paras yang lebih agresif.

Keempat-empat sudut dipadankan dengan rim aluminium bersaiz 21 inci dengan ukuran yang lebih besar dan lebar.
 

crown


Susun atur papan pemuka pada ruang kabin dilihat menyamai apa yang ditawarkan pada Crown Crossover yang telah diperlihatkan sebelum ini, dengan kehadiran skrin kluster 12.3 inci, serta skrin tengah juga bersaiz 12.3 inci.

Menurut Toyota, Crown Sport 2024 ini merupakan model pertama Toyota yang menggunakan siling pengawal bunyi yang mampu menjadikan ruang kabin yang lebih senyap.

Untuk permulaan, Toyota Crown Sport 2024 bakal ditawarkan dengan enjin hibrid 2.5 liter (kod A25A-FXS) di mana tetapan itu mampu menghasilkan output maksimum 247 hp di dalam minivan Alphard generasi baharu.
 

crown


Versi plug-in hybrid pula dijangka akan dilancarkan kelak dengan bateri lithium-ion berkapasiti besar serba baharu, menawarkan jarak gerak elektrik yang lebih jauh tanpa berkompromi ruang dalaman.

Biarpun Crown Sport bersifat sebuah SUV, Toyota mahu model tersebut menawarkan prestasi pemanduan yang menyeronokkan.

Sistem gantungan terdiri daripada topang MacPherson di hadapan, diikuti tetapan Multi-link di bahagian belakang, dibantu dengan sistem stereng belakang dinamik (DRS) yang dapat memberikan manfaat terhadap kestabilan pengendalian pada kelajuan rendah dan tinggi.
 

crown


Di Jepun, harga jualan Toyota Crown Sport 2024 bermula dari 5,900,000 yen (RM186,523), atau RM2,101 menerusi pelan langganan bulanan yang ditawarkan oleh Kinto termasuk kos insurans dan penyelenggaraan.

Berita Berkenaan

Berita Global
Perubahan yang dibawakan menerusi kit badan Modellista ini bertujuan untuk menjadikan Crown Sport…