Toyota Crown Sport PHEV 2024 dilancarkan di Jepun, jarak gerak elektrik 90 km, dari RM248k

oleh Mohamad Hanif|
Selepas pelancaran model Crown Crossover HEV, Crown Sport HEV, Crown Sedan HEV dan FCEV (sel bahan api), Toyota Jepun kini mula menawarkan varian terbaharu plug-in hybrid (PHEV) untuk model Crown Sport.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Ditawarkan dalam trim RZ, Toyota Crown Sport PHEV ini dibekalkan dengan nadi 2.5 liter Dynamic Force kod A25A-FXS (177 PS/219 Nm) yang dipadankan dengan dua motor elektrik - satu untuk setiap gandar.
 

crown


Motor elektrik depan mampu menghasilkan 182 PS dan 270 Nm, sementara motor elektrik gandar belakang pula menyumbang 54 PS dan 121 Nm.

Dengan sistem pacuan semua roda E-Four, Crown Sport PHEV ini mampu menjana kuasa maksimum setinggi 306 PS.

Toyota mendakwa pek bateri lithium-ion 51 Ah yang ada pada Crown Sport PHEV ini mampu menawarkan jarak gerak sifar emisi sejauh 90 km.
 

cworn


Sistem pengecasan pantas dan standard turut disokong, di mana pengecasan pantas membolehkan bateri mencapai 80 peratus kapasiti dalam masa 38 minit sahaja, berbanding pengecasan standard menggunakan kabel 200V.

Kapasiti tangki bahan api adalah sebesar 55 liter, di mana Crown Sport PHEV ini mampu bergerak melebihi 1,200 km untuk setangki penuh dengan kadar penggunaan bahan api serendah 4.9 liter untuk setiap 100 km.
 

crown


Berbanding model Sport Z HEV, Crown Sport RZ PHEV ini dikatakan mendapat pendakap tambahan pada terowong lantai untuk keseimbangan ketegaran badan yang optimum, tidak ketinggalan sistem gantungan yang telah ditala semula.

Secara standard, model ini datang dengan rim aloi bersaiz 21 inci, dibantu dengan sistem brek yang terdiri daripada angkup enam omboh berwarna merah dan rotor brek berliang pada roda hadapan.
 

crown


Ruang kabin pula dikemaskan dengan skema warna dua tona merah dan hitam, tempat duduk sports, tali pinggang keledar berwarna merah, serta penggunaan bahan fabrik yang dibangunkan serba baharu.

Crown Sport PHEV ini turut menyokong fungsi Vehicle-to-Home (V2H) untuk kegunaan kecemasan yang boleh bertahan sehingga 6.5 hari, selain didatangkan dengan fungsi bekalan kuasa maksimum 1,500 W yang boleh digunakan untuk aktiviti di luar rumah.

Akhir sekali, terdapat fungsi "My Room Mode" di mana pengguna boleh menikmati sistem audio dan pendingin hawa menggunakan bekalan kuasa luar semasa kereta dicas.
 

crown


Toyota Crown Sport PHEV RZ ini dijual pada harga bermula dari 7,650,000 yen (RM247,675) dengan sasaran jualan 300 unit sebulan.