Toyota C+Walk S - kerusi bergerak untuk warga emas di Jepun, dari RM17k

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada kadar kelahiran bayi baharu yang semakin menurun saban tahun, negara Matahari Terbit juga turut berdepan dengan peningkatan populasi warga emas.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam satu kajian, Toyota mengunjurkan warga emas Jepun berusia lebih 75 tahun akan mula menghadapi masalah selepas berjalan sejauh 100 meter.

Dengan adanya skuter mobiliti C+Walk S, Toyota mahu memudahkan urusan populasi yang semakin berusia ini untuk bergerak tanpa bantuan pihak ketiga.
 

C+


Skuter tiga roda ini mempunyai rekaan yang sangat menarik perhatian, ditambah pula dengan unit bateri ringan yang mudah untuk dikeluarkan dan dicas, serta kehadiran ruang storan bawah tempat duduk yang mencukupi.

Selain daripada itu, pembeli juga boleh mendapatkan warna seperti hitam, warm gray, gray metallic, atau copper mica metallic.
 

C+


Untuk memudahkan golongan berusia bergerak, C+Walk S ini turut dilengkapi dengan ciri seperti pengesan objek yang mampu memperlahankan skuter sehingga 2 km/j, serta sistem kestabilan yang boleh mengelakkan pengguna daripada terbalik terutama di selekoh atau jalan yang curam.

Kelajuan tertinggi adalah sekitar 6 km/j, sama seperti kelajuan manusia biasa berjalan, sementara radius putaran adalah sekecil 0.95 meter sahaja.

Pek bateri lithium-ion seberat 2.5 kg itu membenarkan jarak gerak sehingga 12 km untuk sekali cas penuh, dan boleh dicas dalam tempoh dua jam setengah sahaja.
 

C+


Harga untuk sebuah C+Walk S di Jepun bermula dari 498,000 yen (RM16,891), atau sehingga 505,000 yen (RM17,129) untuk model yang dilengkapi dengan ciri keselamatan.

Baca: Toyota C+Walk T