Toyota, Daihatsu, Suzuki bangunkan kereta sports midship baharu, nadi 1.0 liter turbo, 120 hp, 200 Nm!

oleh Mohamad Hanif|
Biarpun susuk tubuh penting Toyota, Morizo-san telah pun mengundurkan diri dari takhta, ia tidak sekali-kali menghalang pengeluar itu daripada terus tampil dengan produk yang mampu mengujakan peminatnya.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Terbaharu, laman web BestCarWeb melaporkan terdapat kerjasama antara Toyota, Daihatsu dan Suzuki untuk membangunkan sebuah kereta sports midship serba baharu.

Model serba baharu itu akan menggunakan kepakaran Daihatsu di dalam pembuatan kereta kecil berasaskan platform TNGA, di mana pelantar baharu akan dibuat untuk kereta tersebut dengan menggunakan sistem suspensi hadapan daripada Toyota Yaris spesifikasi Eropah (GA-B).

Jadi apa pula peranan Suzuki?
 

K10C


Pengeluar itu diberikan tugas untuk membangunkan unit trenkuasa, di mana Midship Sports (nama tidak rasmi) akan dibekalkan dengan enjin tiga silinder sebaris K10C 996 cc, dibantu dengan sistem hibrid ringan dan motor elektrik berkuasa 5 PS.

Enjin 1.0 liter turbo itu mampu menjana kuasa setinggi 120 hp dan daya kilas 200 Nm.

Angka itu mungkin nampak kecil, namun menurut BestCarWeb kereta sports midship itu dikatakan mempunyai berat sekitar 1,000 kg.
 

nest


Gandingan output kuasa dan berat 1 tan itu mampu menjadikan pemanduan Midship Sports ini lebih mengujakan.

Difahamkan, terdapat pilihan transmisi manual enam nisbah kelajuan, atau kotak gear automatik enam nisbah kelajuan.

Anggaran harga jualan bermula dari 2.2 juta yen (RM72,488) hingga 2.8 juta yen (RM92,258) bergantung kepada pilihan transmisi dan juga penawaran trim.
 

sekadar hiasan, model konsep Toyota Sports EV


Setakat ini, status Midship Sports masih lagi samar-samar, namun ia tidak mustahil memandangkan Toyota merupakan antara pengeluar yang sedang berusaha untuk tidak mengecewakan golongan petrolhead yang kian pupus.

Sumber: BestCarWeb

Berita Berkenaan

Berita Global
Terima kasih kepada penglibatan berterusan di dalam sukan permotoran, Toyota kini boleh menggunakan…
Berita Global
Angka tersebut dilihat jauh lebih tinggi berbanding 190,000 unit yang disasarkan pada tahun 2024.…
Berita Global
Menurut laporan Nikkei Asia, Tesla telah memohon sebanyak 836 paten teknologi untuk tempoh 2003…