Toyota dan CP bekerjasama ke arah neutraliti karbon di Thailand

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Baru-baru ini, Charoen Pokphand Group (CP) dan Toyota Motor Corporation (Toyota) telah bekerjasama menerokai dan mengkaji penyelesaian bagi menuju ke arah neutraliti karbon di Thailand.

Kumpulan CP telah ditubuhkan sejak tahun 1921 dan beroperasi berpandukan 3 asas utama iaitu memberi manfaat pada negara, rakyat dan organisasi.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Toyota, Akio Toyoda berkata, “Kedua-dua syarikat menganggap yang terbaik untuk Thailand dan Bumi dan telah bersetuju untuk meneruskan apa yang kami boleh lakukan sekarang, dengan menggunakan kekuatan dan aset setiap syarikat."

"Saya percaya bahawa dengan langkah penting ini akan membolehkan kita mendapat ganjaran dengan penghargaan daripada negara dan akan mengubah landskap masa depan.”

 

CP Toyota

 

Pengerusi Kanan Kumpulan CP, Dhanin Chearavanont berkata, “Apa yang saya dan Presiden Toyoda kongsikan ialah rasa sayang dan terima kasih kepada Thailand dan kami berdua ingin berbakti kepada negara."

"Saya gembira bahawa kedua-dua syarikat mempunyai peluang untuk sama-sama mempertimbangkan kerjasama ke arah neutraliti karbon di Thailand dan mengalu-alukan mana-mana syarikat yang berkongsi cita-cita neutraliti karbon yang sama.”

Secara khususnya, CP dan Toyota akan mengkaji pelaksanaan sosial dalam 3 bahagian utama berikut:

  1. Pengeluaran hidrogen menggunakan biogas yang diperoleh daripada sisa ladang
  2. Pengenalan trak penghantar CP yang menggunakan sel bahan api
  3. Logistik cekap dengan mencadangkan laluan penghantaran yang dioptimumkan melalui teknologi penyambungan.

 


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Keadaan itu mencerminkan permintaan yang lembap di China susulan kenaikan harga petrol akibat…
Berita Global
Bagaimanapun, pengeluaran meningkat 3.4 peratus berbanding tahun sebelumnya kepada 933,685 unit.…
Berita Global
Sejak sekian lama, Pixis Van dikenali sebagai kenderaan kerja yang praktikal di jalan sempit Jepun…