Toyota dan Suzuki bekerjasama, tukar beli saham di dalam syarikat masing-masing

oleh Muhammad Md Tajudin|
Suasana perniagaan industri automotif hari ini memang sengit dengan halatuju teknologi yang masih belum jelas. Di negara maju arus perubahan kepada teknologi elektrik semakin kuat dan ia tidak diimbangi pula di negara membangun. Ketidakseimbangan itu ditambah pula dengan perubahan mobiliti seperti perkongsian kenderaan.

Bagi menangangani arus tersebut pengeluar automotif perlu duduk bersama dan terbaru Toyota Motor Corporation dan Suzuki Motor Corporation mengumumkan kerjasama melalui perjanjian modal (alliance) untuk hubungan jangka masa panjang. Kerjasama tersebut turut melibatkan kolaborasi dalam bidang baharu seperti pemanduan autonomi.

Pengumuman yang dibuat ini sebenarnya telah diteroka lama dan secara rasminya bermula pada 12 Oktober 2016. Pada 20 Mac tahun ini, Toyota dan Suzuki mengumumkan program pembangunan produk secara bersama dan kolaborasi dalam pengeluaran.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
Akio Toyoda

 

Kerjasama tersebut turut merangkumi pembekalan produk secara bersama dan membawa kekuatan Toyota di dalam teknologi elektrifikasi dan di sebelah pihak Suzuki pula ialah teknologi kereta kompak.

Dengan cabaran yang ada pada hari ini kedua-dua syarikat juga berhasrat untuk mencapai pertumbuhan mampan dan mendepani cabaran industri automotif dan meningkatkan lagi kerjasama di dalam bidang baharu. Perkara menarik yang ditekankan ialah kedua-dua syarikat akan terus menjadi pesaing.

Ini bermakna Toyota tetap menjadi Toyota dan Suzuki pula kekal sebagai Suzuki. Sangat menarik untuk diperhatikan bagaimana kerjasama ini akan diterjemahkan pada produk masing-masing.

Kerjasama di antara kedua-dua syarikat yang mepunyai hubungan dan kekal bersaing boleh dilihat di dalam hubungan di antara Toyota dan Subaru di mana Toyota mempunyai pegangan saham sebanyak 16.48 peratus.

 

Suzuki Swift

 

Sebagai tanda dalam membina hubungan jangka masa panjang, kedua-dua syarikat merancang untuk membeli saham secara silang. Sebelum ini Kumpulan Volkswagen dan Suzuki telah mengikat perjanjian dengan kumpulan Jerman itu membeli saham sebanyak 19.9 peratus di dalam Suzuki pada tahun 2010.

Kerjasama tersebut menemui kegagalan dengan Suzuki membeli semula saham yang dimiliki Kumpulan VW selepas Mahkamah Antarabangsa untuk Timbangtara di London membuat keputusan mengenainya pada tahun 2015. 

Melalui kerjasama terbaru ini, Toyota merancang untuk membeli 24,000,000 saham biasa di dalam Suzuki atau bersamaan 4.94 peratus pegangan dengan nilai sebanyak JPY 96 bilion. Suzuki pula merancang untuk memiliki saham Toyota dengan nilai bersamaan JPY 48 bilion.

Toyota Camry

Satu perkara menarik tentang Suzuki ialah walaupun saiznya lebih kecil berbanding Toyota, syarikat kerjasama Maruti-Suzuki adalah peneraju pasaran kereta di India. Pada 2018 syarikat ini menjual 1.7 juta unit atau bersamaan 50 peratus daripada keseluruhan pasaran berjumlah 3.4 juta unit.

Toyota pula walaupun sudah kukuh berada di kalangan tiga pengeluar teratas dunia giat menjalinkan kerjasama dengan syarikat lain termasuk menubuhkan kilang baharu bersama Mazda di Amerika Syarikat selain menjenamakan semula Mazda2 sedan sebagai Toyota Yaris.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…
Berita Domestik
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, berkata komitmen syarikat melangkaui penghantaran kenderaan…
Berita Global
  Apa lagi yang menyerlah? Badan yang jelas tinggi atau dinaikkan dari permukaan jalan sekitar 25…