Toyota dedah 15 buah konsep EV, termasuk kereta sports pengganti LFA!

oleh Mohamad Hanif|
Untuk membuktikan Toyota tidak pernah bermain-main atau tidak serius menawarkan kenderaan elektrik (EV), syarikat gergasi automotif Jepun itu baru-baru ini mendedahkan buat kali pertama 15 buah model konsep yang memberikan bayangan model masa hadapan jenama tersebut (termasuk Lexus).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ia bukan sahaja merangkumi barisan model EV beyond Zero (bZ), malah Toyota juga turut memperlihatkan barisan model kereta-kereta sports berkuasa elektrik.
 

bZ


Selain daripada model bZ4X yang telah diperlihatkan sebelum ini, senibina khusus e-TNGA juga bakal 'melahirkan' beberapa buah model seperti:

  • SUV besar dengan tiga baris tempat duduk
  • SUV coupe kompak
  • SUV segmen B
  • sedan saiz pertengahan dengan jarak kelegaan tanah yang tinggi

 

Lexus


Divisyen mewah Toyota, Lexus juga tidak ketinggalan mempamerkan beberapa buah model konsep, dimulakan dengan model SUV EV pertama Lexus RZ yang dilihat merupakan versi produksi kepada model konsep LF-Z Electrified.

Malah, Lexus juga turut membawakan sebuah kereta sports elektrik yang disifatkan sebagai pengganti spiritual kepada model Lexus LFA dengan jarak operasi sejauh 700 km dan pecutan 0-100 km/j dalam masa kurang dua saat.

Selain daripada itu, terdapat prototaip SUV bersaiz penuh, sedan sporti, hatchback, serta sebuah cabriolet 2+2, di mana kesemua menampilkan bahasa rekaan yang hampir serupa.
 

Toyota


Di bahagian belakang pula, Toyota tidak ketinggalan mempamerkan barisan model yang merangkumi kenderaan komersial bas dan van kargo, Compact Cruiser EV dengan elemen rekaan FJ Cruiser, trak pikap elektrik bersaiz Hilux/Tacoma dengan penggayaan Tundra, Small SU EV (elemen C-HR), serta Crossover EV (bersaiz lebih besar).

Akhir sekali, sebuah kereta sports dengan perkadaran seperti kereta berenjin tengah yang dilihat mampu bertindak sebagai pengganti/pewaris kepada model kereta sports pacuan roda belakang MR2 pada masa akan datang.

Toyota (dan Lexus) mensasarkan sehingga 30 model BEV (kenderaan elektrik bateri) di pasaran menjelang 2030 dengan 3.5 juta unit jualan di peringkat global.
 

Lexus


Menjelang tahun yang sama, Lexus akan menawarkan kenderaan elektrik sepenuhnya yang merangkumi semua segmen, selain menjadi jenama elektrik sepenuhnya di Eropah, Amerika Syarikat dan China dengan sasaran jualan 1 juta EV.

Untuk itu, Toyota berazam untuk melabur kira-kira 2 trillion yen untuk produksi bateri menjelang 2030, atau 500 billion yen lebih banyak berbanding pengumuman terdahulu.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
   Sama seperti kereta Lexus, bahagian luar adalah terjemahan kepada falsafah reka bentuk L-…
Berita Global
  Untuk NX 2024, beberapa penambahbaikan dibuat seperti pengukuhan ketegaran badan dan talaan…
Berita Global
Menurut laporan Forbes yang memetik kata-kata eksekutif Toyota, syarikat itu sedang merancang untuk…