Toyota dedah imej acah GR Supra dengan tiga pedal!

oleh Mohamad Hanif|
Laman Facebook Toyota USA sebentar tadi memuat naik sekeping gambar yang menampilkan susunan tiga pedal.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia bukanlah satu perkara aneh, memandangkan Toyota sebenarnya baharu sahaja melancarkan GR Corolla dengan penawaran eksklusif transmisi manual enam nisbah kelajuan.

Namun, gambar yang dipamerkan itu bukanlah dimiliki oleh GR Corolla, sebaliknya ia mengesahkan kehadiran model GR Supra bertransmisi manual!

Difahamkan, transmisi manual untuk GR Supra ini dibangunkan khusus oleh Toyota dan tidak menggunakan mana-mana komponen yang dipinjamkan daripada model-model BMW.
 

Supra


Selain itu, Toyota turut memuat naik gambar bahagian belakang Supra di mana emblem Supra itu didatangkan dalam warna merah, khusus untuk model bertransmisi manual.

Berdasarkan info yang tertiris, Toyota bakal mengkhususkan penawaran transmisi manual ini untuk model berenjin enam silinder sebaris, dan langkah ini mungkin sekali akan memberikan kesan kepada penjualan model BMW Z4 M40i yang ditawarkan dalam versi automatik sahaja.

BMW ada pernah menawarkan transmisi manual, namun ia hanya dikhususkan untuk model Z4 varian rendah dengan enjin empat silinder sebaris sahaja.

Dengan ini, Toyota USA mempunyai penawaran jentera Gazoo Racing yang cukup lengkap dengan transmisi manual, iaitu GR86, GR Corolla dan juga GR Supra yang bakal dilancarkan kelak.

Berita Berkenaan

Berita Global
Mungkin tidak ramai yang tahu, Toyota juga sebelum ini pernah menawarkan sedan pantas Mark X GRMN,…
Berita Global
Menurut Toyota, model ini merupakan tribut kepada jentera Supra Mk4 dengan penawaran dua warna unik…
Berita Global
CEO baharu Toyota, Koji Sato dalam satu kenyataan mendedahkan bekas CEO terdahulu, Akio Toyoda kini…