Toyota dedah Innova berkuasa elektrik di IIMS 2022

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan acara Indonesia International Motor Show Hybrid 2022, pihak PT Toyota-Astra Motor membawa kejutan dengan memperlihatkan sebuah model berkuasa elektrik menggunakan bentuk badan Innova.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Dari segi penampilan, Innova EV ini dilayangkan dengan warna putih berjalur grafik biru, diikuti dengan rekaan gril hadapan yang kosong, serta elemen-elemen biru yang boleh didapati pada lampu utama dan juga logo.
 

Innova


Port pengecasan bateri pula terletak di bahagiankiri belakang MPV ini.

Berdasarkan laporan berbeza daripada rakan media Paultan, Innova EV ini menampilkan rekaan kluster instrumen baharu yang lebih moden, paparan meter Eco, serta paparan takometer yang biasanya tiada disertakan dalam mana-mana EV.
 

Innova EV


Beberapa info penting ada dipaparkan menerusi skrin infotainmen seperti status pengecasan, jarak yang tersisa, serta output kuasa semasa.

Sumber: Kumparan, Paultan

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Difahamkan, ia merupakan generasi baharu Perodua Bezza bagi menggantikan model generasi pertama…
Berita Domestik
Model HEV kedua itu bakal berada sebaris dengan model Corolla Cross Hybrid namun buat masa ini,…
Berita Global
Generasi ketiga Innova itu kini tidak lagi menggunapakai platform ladder frame IMV yang dikongsi…