Toyota dedah logo Crown baharu - pelancaran 15 Julai, sedan atau SUV?

oleh Mohamad Hanif|
Toyota telah mengesahkan kehadiran generasi baharu Toyota Crown menerusi kewujudan laman web khas berbahasa Jepun di mana ia bakal dilancarkan pada 15 Julai ini.
PERODUA MREC Banner Campaign May 2025

Serentak dengan itu, Toyota turut memperlihatkan logo baharu Crown yang kini dengan grafik yang lebih ringkas, serta persoalan "Sedan? SUV?" yang bakal menarik perhatian umum terhadap model baharu itu.
 

Crown


Ini kerana tidak seperti generasi-generasi Crown terdahulu yang lebih dikenali dengan bentuk badan sedan, Toyota Crown generasi baharu ini dilihat bakal menggandingkan kedua-dua elemen tersebut, dan ia disahkan tempat menerusi kehadiran imej-imej paten yang memperlihatkan bentuk badan sedan fastback dengan jarak kelegaan tanah yang tinggi.

Menurut laporan daripada media Jepun, Toyota Crown akan dibangun berdasarkan platform TNGA-K dengan sistem pacuan roda depan atau semua roda, serta penawaran trenkuasa hibrid dan elektrik penuh.
 

Crown


Crossover sedan fastback yang tinggi itu dijangka akan mendarat di beberapa pasaran termasuk Jepun, China dan Amerika Utara, di mana pasaran US bakal menerima model ini seawal Oktober 2022.

Selain daripada Toyota, terdapat beberapa pengeluar yang sudah pun mula menawarkan bentuk badan crossover fastback seperti Ford Evos, Citroen C5 X dan yang terbaharu Peugeot 408.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
    Berbanding enjin 2.5 liter hibrid (HEV) di AS, Crown Estate pasaran Jepun mempunyai tambahan…
Berita Global
  Dengan memiliki edisi ini, pemilik tidak perlu ke kedai balutan untuk mendapatkan warna badan…
Berita Global
  Apa lagi yang menyerlah? Badan yang jelas tinggi atau dinaikkan dari permukaan jalan sekitar 25…