Toyota dedah model GR misteri, adakah ini GR Prius?

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan penganjuran perlumbaan 24 jam Le Mans yang akan berlangsung tidak lama lagi, Toyota Gazoo Racing akan memperlihatkan sebuah model berprestasi tinggi, dipercayai menggunakan asas daripada Toyota Prius.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024

Ini kerana model baharu itu dilihat mempunyai kedudukan penderia yang hampir sama dengan model hibrid generasi kelima Toyota Prius yang telah dilancarkan pada tahun lepas.

Apa yang membezakan model GR ini dengan Prius standard ialah kehadiran gugusan lampu kabus LED pada bahagian bampar, diikuti dengan penambahan splitter hadapan dan canard pada sisi bampar.

Tidak dapat dipastikan sama ada trenkuasa Prius akan dikekalkan pada model GR ini ataupun digantikan dengan nadi yang lebih berkuasa.
 

Prius


Sebagai makluman, Prius PHEV merupakan varian yang paling bertenaga di mana ia didatangkan dengan enjin Dynamic Force 2.0 liter (146 hp) yang dipadankan dengan motor elektrik 158 hp, menghasilkan kuasa keseluruhan sebanyak 220 hp.

Kemungkinan besar model GR baharu ini akan menjadi makmal ujian bergerak untuk mendapatkan input serta maklum balas daripada orang awam sebelum Toyota meneruskan perancangan untuk menghasilkannya secara besar-besaran.

Bulan lepas, bos baharu Toyota Koji Sato memberikan bayangan lebih banyak model kereta sports berjenama GR akan dihasilkan, memandangkan bekas presiden Akio Toyoda yang juga Master Driver GR kini mempunyai banyak masa terluang untuk membangunkan model-model berprestasi tinggi baharu.