Toyota dedah teaser GR Corolla dalam iklan promosi GR86

oleh Mohamad Hanif|
Rakyat Amerika Syarikat merupakan antara pihak yang sangat gembira dengan kehadiran GR Corolla, setelah mereka terlepas peluang untuk mendapat unit GR Yaris yang sangat terhad itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tidak pun lama selepas teaser pertama diumumkan, Toyota USA kini memuatnaik sebuah lagi video teaser, kali ini dalam iklan promosi GR86.

Dalam video yang dikongsikan di laman Instagram itu, terdapat kelibat dua unit Toyota GR86 berwarna putih dan merah sedang enak melayan selekoh, dan dalam satu babak muncul pula imej GR Corolla yang memperlihatkan pemandu sedang menukar gear.

Ini mengesahkan lagi kehadiran GR Corolla dalam versi transmisi manual.
 

GR Corolla


Berdasarkan teaser terdahulu, Toyota memberikan bayangan GR Corolla bakal dilengkapi dengan nadi tiga silinder sebaris G16E-GTS 1.6 liter turbo dengan kuasa 268 hp, menyamai apa yang ditawarkan pada GR Yaris.

Terdapat kemungkinan besar GR Corolla akan hadir dengan sistem pacuan semua roda GR-Four.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Toyota USA (@toyotausa)

Berita Berkenaan

Berita Global
Mungkin tidak ramai yang tahu, Toyota juga sebelum ini pernah menawarkan sedan pantas Mark X GRMN,…
Sukan Bermotor
Pasukan Toyota akan menampilkan tiga jentera, iaitu ORC Rookie GR86 CNF Concept, ORC Rookie GR…
Berita Global
Daripada jumlah 200 unit yang diperuntukkan untuk sepanjang tahun, hanya 181 unit sahaja yang telah…