Difahamkan, varian off-road Apex ini akan menggantikan Hilux Rugged X - sebuah model yang dihasilkan khusus untuk pasaran Australia yang menampilkan ciri-ciri yang unik.
Sejak diperkenalkan pada tahun 2018, Hilux Rogue dan Rugged X telah berjaya dijual sebanyak 17,000 unit, membuktikan populariti varian trak pikap dengan modifikasi off-road di kalangan rakyat Australia.
Tiada sebarang spesifikasi rasmi diumumkan buat masa ini, namun Toyota dijangka akan membawakan kelengkapan tipikal off-road seperti pemasangan bullbar, lampu LED tambahan, snorkel, fender plastik, rock slider, tayar off-road serta suspensi tugas berat.
Besar kemungkinan enjin diesel turbo 2.8 liter itu akan dikekalkan dengan kuasa setinggi 201 hp dan 500 Nm, atau diberikan sedikit talaan peningkatan kuasa.
Untuk makluman, Australia merupakan rumah kepada model-model trak pikap off-road, seperti Toyota Hilux Rugged X, Nissan Navara Pro-4X Warrior, Mazda BT-50 Thunder dan juga VW Amarok W580X.
Sumber: CarExpert