Pada tahun ini, sebanyak 15 sekolah menengah di seluruh negara mengambil bahagian, yang diwakili oleh 60 pelajar dan 15 guru penasihat, telah mempamerkan projek masing-masing.
Pada edisi kali ini, TEY lebih menumpukan inisiatif-inisiatif inovasi para pelajar untuk terlibat secara aktif dalam menangani isu-isu alam sekitar dalam komuniti mereka.
Program TEY yang berteraskan Metodologi Penyelesaian Masalah (PSM), membimbing para pelajar untuk merangka penyelesaian kreatif bagi menangani cabaran alam sekitar.
Dengan projek-projek yang merangkumi isu kitar semula tempatan, ia menunjukkan wujudnya kesedaran tinggi di kalangan pelajar mengenai isu-isu alam sekitar yang menjejaskan komuniti mereka.
Presiden UMW Toyota Motor, Datuk K. Ravindran menekankan tentang komitmen UMW Toyota dalam mewujudkan alam sekitar yang lebih baik menerusi slogan syarikat, “Move Your World,” dan usaha untuk mencapai sifar pelepasan karbon menjelang 2050.
Sebanyak 15 sekolah yang mengambil bahagian telahpun membentangkan projek inovasi mereka dalam menangani isu alam sekitar dalam komuniti.
Pada majlis penutupan itu, nama pemenang pelbagai kategori turut diumumkan serta setiap sekolah diberikan pengiktirafan atas sumbangan unik mereka pada program kali ini.
Berikut adalah senarai pemenang yang diumumkan pada majlis penutupan itu:
Juara: SMK SERI AMPANG, KEDAH
Naib Juara: SMK ST. TERESA KUCHING, SARAWAK
Tempat Ketiga: SMK RAJA PUAN MUDA TENGKU FAUZIAH, PERLIS
Pembentangan Terbaik: SM ST JOHN, SABAH
Pameran Terbaik: SMK SERI PEKAN, PAHANG
Penglibatan Komuniti Terbaik: SMK ST. TERESA KUCHING, SARAWAK
Guru Penasihat Terbaik: NUR ASMAA' BT ABDUL HASHIM, SMK SERI AMPANG, KEDAH
Pasukan pemenang menerima wang tunai RM30,000, diikuti RM20,000 untuk tempat kedua, RM10,000 untuk tempat ketiga.
Manakala untuk pembentangan terbaik, pameran terbaik dan penglibatan komuniti terbaik masing-masing diberi ganjaran bernilai RM5,000 dan guru penasihat terbaik diberi ganjaran RM2,000.
Majlis penutup tersebut telah berlangsung dari 21 hingga 23 Januari 2024 dan kini akan tertumpu kepada edisi TEY akan datang yang bakal dilancarkan pada Mei 2024.