Toyota Fortuner, Hilux dan Innova terima penawaran warna baharu Phantom Brown

oleh Mohamad Hanif|
UMW Toyota Motor (UMWT) mengumumkan model-model Toyota Fortuner, Innova dan Hilux kini diberi peningkatan terbaru., serta penambahan warna baharu ke dalam katalog, iaitu Phantom Brown.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Selain daripada warna baharu, Toyota juga turut menekankan aspek keselamatan untuk para pelanggan mereka. 

Untuk itu, Fortuner kini menerima naik taraf sistem bantuan keselamatan merangkumi Vehicle Stability Control (VSC), Brake Assist (BA), Hill-start Assist Control (HAC) dan Active Traction Control (A-TRC) untuk kesemua varian yang dijual. 

Ciri A-TRC merupakan tambahan terbaru kepada rangakaian sistem keselamatan yang membantu menjadikan cengkaman kenderaan lebih berkesan ketika dalam situasi permukaan yang licin, dan pemanduan off-road dengan permukaan jalan yang berlumpur. 

Antara ciri moden yang dilengkapkan pada Fortuner dan juga Innova ialah pintu kargo berkuasa elektrik, kawalan pemanduan (Fortuner), sistem Smart Entry & Start, lampu utama jenis LED dan tempat duduk pemandu boleh laras dengan lapan tetapan. 

Sistem infotainmen dengan paparan skrin sentuh yang besar turut didatangkan dengan ciri sambungan kepada telefon pintar dan juga kepada internet. 

Manakala bagi trak pikap Hilux pula, ia juga menerima penawaran warna baharu yang sama seperti Fortuner dan Innova. 

Setiap pembelian model Fortuner, Innova dan Hilux diberikan jaminan tempoh lima tahun manakala jaminan tanpa had perbatuan hanya dikhaskan kepada Fortuner dan Innova.


Harga bagi Fortuner, Innova dan Hilux baru ini, termasuk cukai jualan dan servis (SST) bagi pendaftaran persendirian, dan tidak termasuk insurans adalah seperti berikut:

Toyota Fortuner (4 varian) — dari RM170,500 hingga RM195,600
Toyota Innova (4 varian) — dari RM107,280 hingga RM132,400
Toyota Hilux [Double Cab] (5 varian)— dari RM100,000 hingga RM138,000

Tempahan bagi model-model dari versi terbaru ini telah mula dibuka pada 3hb September 2018 lalu dan pelancaran jualan serta penyerahan akan dilakukan pada penghujung September.

Mereka yang berminat boleh melayari laman web www.toyota.com.my untuk maklumat lanjut bagi semua model yang ditawarkan, atau untuk mengetahui lokasi bilik pameran Toyota yang terdekat di seluruh negara.
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, berkata komitmen syarikat melangkaui penghantaran kenderaan…
Berita Domestik
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, menzahirkan kepuasannya dengan prestasi 2023, di mana kejayaan…
Uncategorized
Pada tahun ini, sebanyak 15 sekolah menengah di seluruh negara mengambil bahagian, yang diwakili…