Toyota ganding bahu dengan Lotus untuk hasilkan MR2 BARU!

oleh HEZERI SAMSURI|
Model ikonik MR2 akhirnya akan mendapat pengganti dan Toyota dikatakan akan bekerjasama dengan Lotus untuk penghasilannya.

Menurut laman web Jepun, Best Car Web, Lotus sedang bersedia untuk menjadi rakan pengeluar MR2 baharu yang akan menjadi sebahagian dari siri kenderaan prestasi Toyota yang lain - GT86 dan Supra.
NISSAN MREC Banner Campaign Mar

Isu di sini yang menjadi misteri ialah adakah MR2 baharu itu adalah kenderaan elektrik (EV) sepenuhnya kerana sebelum ini, Lotus telah mengumumkan bahawa bermula dengan Evija, ia akan hanya menghasilkan varian EV sahaja.

Ada yang berkata syarikat China memang terkenal dengan propaganda dan tak mustahil Lotus (milik Geely) boleh menarik balik nawaitu itu demi untuk kelangsungan syarikat.

Yang pasti, Toyota sudah berbunyi sejak tahun 2018 lagi untuk melengkapkan kembali nostalgia "3 beradik tahun 90-an" mereka di mana MR2, Celica dan Supra menjadi kegilaan ramai dan dihormati oleh semua.

Gabungan 86, Supra dan MR2 moden ini akan hanya membuatkan pengkiritik jenama itu terdiam - kerana Toyota bukan sahaja mampu membuat kenderaan marhaen seperti Avanza, Innova dan Vios, tetapi kenderaan lagenda dengan pengendalian terbaik seperti 3 beradik itu.

Sebenarnya, Toyota adalah contoh terbaik di mana nilai kejuruteraan, unit pemasaran dan komponen kepenggunaan bergabung untuk menghasilkan produk-produk yang terbukti dan boleh dijual.

Tidak semua produk perlu pengendalian seperti 86, dan tidak semua produk perlu praktikal seperti Innova. 

Yang pasti, semua produk perlu ada tingkap berkuasa yang tahan lama.

 

Berita Berkenaan

Pelancaran
Dari segi kuasa, Toyota Vios 2023 dijana dengan enjin empat silinder sebaris 1.5 liter (2NR-VE)…
Berita Global
Untuk permulaan, tidak lebih daripada 100 unit BMW iX5 Hydrogen yang akan dihasilkan, dan ia akan…
Berita Global
Sepanjang perkhidmatannya, Toyoda telah memegang pelbagai jawatan penting termasuklah pengarah…