Toyota Gazoo Racing - 2 Juta penonton ikuti secara dalam talian! Keputusan senarai pemenang disertaikan

oleh SALINA JALIL|
Perlumbaan empat roda Toyota Gazoo Racing musim keempat kembali setelah hampir setahun 'bercuti' kerana pandemik COVID-19 dan lebih bermakna apabila lebih daripada 2 juta penonton dalam talian menantikan dua hari perlumbaan jarak dekat aksi yang diadakan di Litar Antarabangsa Sepang pada hari Sabtu and Ahad lalu.



Diadakan buat pertama kalinya dengan ketiadaan peminat demi faktor keselamatan, festival ini telah disiarkan secara langsung melalui portal-portal media dengan membawa peminat dan penonton dalam talian tanpa gangguan di dalam dan di luar landasan.


Empat kategori kelas perlumbaan yang diwakili oleh pelumba profesional, amatur, pemandu muda dan para selebriti, sebagai merangkumi setiap aspek kategori pemanduan.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Presiden Toyota Motor UMW, Ravindran K berkata, "GAZOO Racing telah berkembang selama tiga musim di Malaysia dan perlumbaan ini telah diiktiraf sebagai perlumbaan yang dinantikan dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua peminat dan penonton dalam talian GAZOO Racing kami.

 


Kami juga berharap dapat membawa penonton kembali ke festival GAZOO Racing ini dan misi kami adalah untuk membawa sukan permotoran kepada orang ramai secara langsung. 

 


"Salah satu cabaran terbesar adalah mengekalkan momentum perlumbaan dan memastikan semua prosedur operasi mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh KKM di samping meraikan dan memberi semangat kepada para pelumba seperti mana yang kami lakukan pada  tiga musim yang lalu."

 

 

KELAS SUPER SPORTING

 

Kelas Super Sporting Class sekali lagi mengulangi kemenangan perlumbaan 1 untuk Tengku Djan Ley Tengku Mahaleel yang mengakhiri perlumbaan hujung minggu dengan kemenangan perlumbaan berganda.

 

Bermula dari kedudukan keenam di grid, Tengku Djan sekali lagi memainkan permainan menunggu sebelum membuat serangan pada lap ke-11 untuk memenangi perlumbaan. 

 

Boy Wong juga kembali ke podium di tempat kedua dan Mark Darwin dari Laser Motor Racing telah melengkapkan tiga kedudukan teratas. 

 

djan

 

Dalam perlumbaan 20 pusingan tersebut, tempat pertama kerap bertukar tangan beberapa kali dengan Mark Darwin muncul di tangga teratas dalam pusingan pembukaan perlumbaan. 

 


"Serangan" Tengku Djan datang pada pusingan ke-15 dan dia secara beransur-ansur melonjakkan kedudukannya menjadi 3.5 saat.

 


"Dalam keadaan cuaca kering semua orang boleh laju dan pada dasarnya saya memanfaatkan situasi tersebut sepenuhnya,” kata Tengku Djan.


"Perlumbaan sangat bergantung pada cuaca dan juga faktor tayar.

 

Ini adalah perlumbaan 20 pusingan yang lama dan anda mesti menguruskan tayar dan kereta anda serta mempunyai teknik pemanduan untuk mengetahui bila boleh meluru ke depan dan bila perlu bertahan, mungkin saya berjaya melakukan ini dengan lebih baik," kata beliau lagi.

 

Kelas Super Sporting

 

KELAS ROOKIE

 

Naquib Azlan juga menjadikannya kemenangan perlumbaan berganda dengan meraih kemenangan dalam perlumbaan 2 di hadapan Jwan Hii dan Amer Harris yang menduduki tangga kedua. 


Pertarungan sengit diberikan apabila sering bertukar kedudukan beberapa kali oleh ketiga-tiga pemandu ini. 

 

"Semalam benar-benar tidak dapat diramalkan (perlumbaan di atas jalan basah) dan saya hanya mengikut naluri memandu. Saya mendapat tunjuk ajar dari pemandu Kelas Super Sporting yang sangat agresif tetapi memberi kami banyak pengetahuan untuk melangkah lebih jauh pada musim ini.

 

Kelas Rookie

 

KELAS SPORTING

 

Berlumba untuk hanya memenangi perlumbaan keduanya di Sporting Class sejak menyertai musim lalu adalah Haji Sutan Mustaffa Salihin yang membuat permulaan yang sempurna untuk mendahului perlumbaan 20 pusingannya dari awal hingga akhir dengan 4.4 saat di hadapan Eric Yong dan Adam Khalid yang menduduki tempat kedua dan ketiga.

 


"Saya sebenarnya tidak dapat berkata-kata kerana kami berjuang sejak sesi latihan pada hari Jumaat untuk membuat persediaan yang terbaik. Perlumbaan 1 pada hari Sabtu adalah agak malang kerana hujan dan ini memaksa saya membuat keputusan strategik untuk memandu dengan selamat dan membawa kereta ke garisan penamat dan berusaha lebih baik di perlumbaan 2,” kata Haji Sutan.

 


"Kekuatan saya selalunya adalah di garisan permulaan dan kemampuan untuk mendapatkan pelancaran yang kuat ketika kita menuju selekoh pertama. Saya berjaya melakukan ini seperti yang dirancang dan sejak itu dan seterusnya tiada masalah dan konsisten sepanjang perlumbaan."
 

Kelas Sporting

 

KELAS PROMOTIONAL


Pertempuran selebriti dalam Kelas Promotional menyaksikan pelakon Zizan Razak menjadi juara yang tidak dijangka dengan dua kemenangan dalam dua perlumbaan.

 


“Saya harus berterima kasih kepada Toyota dan semua rakan saya dalam kejuaraan ini. Saya telah mendapat rakan baru dan mengalami pengalaman baru dan perlumbaan menjadi luar biasa kerana  berpeluang berlumba dalam keadaan kering dan basah,”kata Zizan yang menamatkan perlumbaan 18 pusingan. 

 


Tempat kedua pula dimenangi oleh Khai Bahar dan tempat ketiga telah dimenangi oleh selebriti terbaharu yang menyertai TV Vios Challenge iaitu Ahirene Ahirudin.

 

"Saya sudah jangka persaingan yang sengit sejak awal, terutama dari pasukan seperti Shukri Yahaya, Nabil Ahmad. Saya tahu mereka sangat laju kerana mempunyai pengalaman bertanding tetapi apa yang dapat saya katakan adalah pengalaman saya setakat ini sangat menggembirakan," kata Zizan lagi.

 

celebrity

 

Sementara itu, Nabil Ahmad mengulas musim ketiganya yang bertanding di Vios Challenge mengatakan perjalanannya setakat ini memang memuaskan.

 


"Saya banyak belajar dari perlumbaan pertama saya ketika saya cuba mengalahkan pelakon Diana Danielle. Pada masa itu saya sukar untuk mengawal ego saya yang tidak boleh kalah dengan pemandu wanita. 

 


Tetapi perlumbaan ini telah mengajar saya bahawa bukan semua tentang kemenangan tetapi yang lebih penting ialah kemahiran dan komitmen yang membantu anda berkembangm menjadi pelumba yang lebih baik. Saya percaya kita semua juga telah belajar untuk menjadi pemandu yang lebih sabar di jalan raya,” kata Nabil yang mendahului perlumbaan 2, tetapi turun di kedudukan ke-10 selepas berlaku insiden perlumbaan yang melibatkan Shukri pada pusingan pertama.

 

 

 

Khai Bahar

 

KEPUTUSAN PERINGKAT KEDUA

 

 
KELAS SUPER SPORTING 

1. Tengku Djan Ley - Prima Pearl Auto
2. Boy Wong
3. Mark Darwin - Laser Motor Racing 

 


KELAS ROOKIE 

1. Naquib Azlan
2. Jwan Hii
3. Amer Harris

 


 
KELAS SPORTING 

1. Haji Sutan Mustaffa Salihin 
2. Eric Yong 
3.Adam Khalid Crestmax Motorsport

 

 

KELAS PROMOTIONAL  

1. Zizan Razak
2. Khai Bahar
3. Ahirene Ahirudi

 

Ahirene Ahirudi

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Bukan itu sahaja, ia juga turut menjadi asas kepada pembangunan jentera rali GR Yaris Rally1 yang…
Berita Global
Setiap satu dijual pada harga bermula dari €42,490 (RM216,333).   Toyota GR Yaris WRC boleh…
Sukan Bermotor
Para pelumba selebriti dalam kategori Promotional Class berpeluang untuk menjadi antara yang…