Toyota Gazoo Racing Festival musim ketiga pilih K. Terengganu sebagai lokasi permulaan, 6-7 Sept ini!

oleh Mohamad Hanif|
UMW Toyota Motor Sdn Bhd hari ini mengumumkan ketibaan musim baharu Toyota Gazoo Racing (TGR) Festival yang akan bermula pada September ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

TGR Festival musim ketiga bakal menampilkan format perlumbaan yang sama iaitu tiga perlumbaan jalanan di litar buatan serta satu pusingan akhir yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang dengan tiga kelas perlumbaan; Promotional, Sporting dan Super Sporting. 

Tidak hanya menumpukan perhatian pada litar, TGR Festival juga akan meneruskan tradisi perlumbaan alam maya dengan Gazoo Racing Velocity E-Sports Series. 
 


Antara elemen baharu yang bakal ditampilkan termasuklah pameran Gazoo Racing Outlet di mana barisan jentera-jentera khas talaan Gazoo bakal dipamerkan seperti Gazoo Racing Supra!

Menurut Akio Takeyama, Naib Pengerusi UMW Toyota berkata, "TGR Festival tidak bertujuan untuk melariskan jualan kereta Toyota, akan tetapi menyambut kejayaan Toyota dan Gazoo Racing di peringkat global. 

"Dengan Gazoo Racing, arah tuju global Toyota adalah untuk menumpukan perhatian terhadap sukan permotoran dan dari situ ia mampu diterjemahkan kepada pembinaan produk yang lebih baik," ujar beliau lagi.

Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K berkata, "TGR Festival merangkumi kombonasi aktiviti dalam dan luar litar perlumbaan, dan bersama-sama dengan penampilan Gazoo Racing Outlet dan 
Gazoo Racing Supra khususnya mampu meletakkan Toyota sebagai satu jenama yang memacu arena sukan permotoran Malaysia. 
 


Kelas yang menjadi daya tarikan sudah tentu Kelas Promotional yang mempamerkan artis-artis tempatan seperti, Shukri Yahaya, Shawn Lee, Nabil Ahmad, Khai Bahar, Nabila Razali, Wany Hasrita, Janna Nick dan juara bertahan Diana Danielle. 

Manakala dua muka baharu yang bakal berentap di dalam kelas tersebut untuk musim ketiga TGR Festival ialah Ain Edruce dan Syafiq Kyle. 

Untuk musim kali ini, TGR Festival menerima tajaan daripada beberapa pihak termasuklah Toyo Tires, Denso, TRD Asia, Moty's, Enkei, minuman tenaga M7 dan juga Toyota Capital Malaysia. 

Pusingan pertama memilih Kuala Terengganu sebagai tuan rumah bermula pada 6 sehingga 7 September ini, dan nantikan kemunculan Toyota Vios baharu beraksi membelah litar buatan di sana!

 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Bukan itu sahaja, ia juga turut menjadi asas kepada pembangunan jentera rali GR Yaris Rally1 yang…
Berita Global
Setiap satu dijual pada harga bermula dari €42,490 (RM216,333).   Toyota GR Yaris WRC boleh…
Sukan Bermotor
Para pelumba selebriti dalam kategori Promotional Class berpeluang untuk menjadi antara yang…