Toyota GR Corolla 2023 - tidak terhad macam GR Yaris, tapi kekal eksklusif

oleh Mohamad Hanif|
Sehingga artikel ini ditulis, Toyota nampaknya masih lagi belum mendedahkan dengan terperinci penawaran harga jualan bagi hot hatch terbaharu dalam keluarga Gazoo Racing, iaitu GR Corolla 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, dalam perkembangan terbaharu seperti yang diberitakan oleh Motor1, Toyota dilapor akan menghasilkan sekurang-kurangnya 6,500 unit GR Corolla untuk tahun pertama produksi, tanpa menyebut had spesifik.

Daripada jumlah tersebut, 1,500 unit akan dikhususkan untuk model berspesifikasi Circuit Edition, dan selebihnya merupakan model standard Core.

Lebih menarik lagi, model GR Corolla Circuit Edition hanya akan ditawarkan untuk model tahun 2023 sahaja.
 

GR Corolla Core


Sementara itu, laman Road & Track mendedahkan perancangan Toyota untuk mengekalkan tahap eksklusiviti GR Corolla.

Menurut Naib Presiden Pemasaran Toyota Mike Tripp, "saya tidak menyatakan faktor pengehad untuk produksi GR Corolla adalah keupayaan kami untuk menghasilkannya. Ia perlu dilakukan dengan berhati-hati supaya kami dapat mengekalkan kredibiliti niche model ini.

Menurutnya lagi, Toyota berhasrat untuk menjadikan penawaran GR Corolla lebih malar segar dan sentiasa mendapat permintaan dengan  memperkenalkan kemaskini dan model edisi khas.

Tripp memberitahu R&T, had minimum produksi bagi model edisi khas adalah sekitar 1,250 memandangkan Toyota menyasarkan setiap satu model tersebut untuk setiap pengedar di sana.

"Dengan mempunyai jumlah angka antara 6,000 hingga 8,000 unit dan model edisi khas sekitar 1,250 unit, saya fikir kami mempunyai keseimbangan yang betul.
 

Circuit


Strategi yang diguna pakai ini merupakan langkah sama yang diambil oleh pengeluar seperti Porsche, di mana syarikat itu berhati-hati dalam menetapkan kapasiti produksi model paling menariknya supaya tidak terjadi isu terlebih bekalan dan permintaan.

"Strategi 'one too few' akan menjadi sasaran kami, bukan kerana had pengeluaran semata-mata," jelasnya lagi.

GR Corolla didatangkan standard dengan enjin tiga silinder sebaris 1.6 liter turbo (G16E-GTS) yang mampu menjana 300 hp dan 370 Nm, sistem transmisi manual enam kelajuan, serta sistem pacuan GR-Four.

Versi Circuit Edition menawarkan pelbagai jenis naiktaraf yang merangkumi LSD Torsen untuk gandar depan dan belakang, bumbung gentian karbon, upholsteri kulit sintetik, sistem audio yang dinaiktaraf, tempat duduk dengan pemanas, spoiler belakang yang lebih besar, serta hud enjin berliang yang jauh lebih agresif berbanding model asas Core.

Baca: Toyota GR Corolla 2023

Sumber: Motor1, Road & Track

Berita Berkenaan

Berita Global
Satu tempoh jangka hayat yang agak panjang untuk sesebuah generasi kereta moden. Setelah…
Berita Global
Untuk makluman, unit terakhir yang keluar dari barisan produksi merupakan sebuah NSX Type S, dengan…
Berita Global
Perkembangan terbaharu ini adalah susulan kepada laporan ujian penyelewengan ujian keselamatan yang…