Toyota GR Corolla 2026 Jepun: Struktur diperkukuh, enjin lebih konsisten, tempah tanpa undian

oleh Muhammad Md Tajudin|
Toyota GR Corolla 2026 Jepun
Toyota GR Corolla 2026 Jepun
TOYOTA GAZOO Racing (TGR) memperkenalkan GR Corolla versi kemaskini (2026) untuk pasaran Jepun dengan tempahan kini dibuka, manakala jualan rasmi dijadual bermula pada 3 November 2025.

Model ini menerima beberapa penambahbaikan penting yang berpaksikan pengalaman perlumbaan, khususnya daripada siri Super Taikyu di Jepun.

Perubahan utama membabitkan struktur badan yang diperkuat dengan penambahan gam struktur sepanjang 13.9 meter, menjadikan jumlah keseluruhan 32.7 meter.

Fokus pengukuhan ini adalah pada bahagian hadapan, lantai dan sekitar rumah roda (wheelhouse) belakang.

Tujuannya untuk meningkatkan ketegaran badan tanpa penambahan berat ketara, sekali gus memberikan kestabilan dan rasa kesatuan lebih tinggi antara kereta dengan pemandu ketika dipandu di bandar mahupun di litar seperti Nürburgring yang terkenal dengan daya-G tinggi.
JAECOO Q4 MREC Banner Campaign November Starting: 3rd Nov
Toyota GR Corolla 2026 Jepun

 

Bagi memastikan prestasi enjin kekal konsisten walaupun dipandu dalam beban tinggi, TGR turut menambah saluran udara sejuk pada saluran masuk sekunder.

Saluran ini mengambil udara terus daripada jeriji hadapan untuk menurunkan suhu udara masuk ke enjin, membolehkan prestasi kekal konsisten walaupun dipandu secara agresif.

Enjin G16E-GTS 1.6 liter turbo tiga silinder mengekalkan kuasa maksimum 304 ps pada 6,500 rpm dan daya kilas 400 Nm.

Melalui analisis penggunaan perlumbaan, Toyota turut memperhalusi komponen asas supaya lebih berdaya tahan di bawah beban tinggi, sekali gus meningkatkan keberkesanan tork pertengahan yang penting untuk pecutan keluar selekoh.

 

Toyota GR Corolla 2026 Jepun

 

Kemaskini turut diberikan pada sistem hiburan pilihan kilang JBL Premium Sound System. Jumlah pembesar suara kini ditambah daripada lapan kepada sembilan dengan penambahan subwufer di ruang bagasi.

Selain itu, sistem ini dilengkapi Active Sound Control (ASC) yang menghasilkan bunyi sporti seiring dengan operasi pedal pemecut dan tuil gear, termasuk bunyi “burbling” yang meniru karakteristik kereta lumba.

Pemandu boleh memilih tiga corak bunyi mengikut mod pemanduan, dengan tiga tahap kelantangan serta pilihan untuk mematikan fungsi sepenuhnya.

Bagi pemilik sedia ada, Toyota sedang membangunkan program naik taraf perisian yang akan ditawarkan bermula musim bunga 2026.

 

Toyota GR Corolla 2026 Jepun

 

Naik taraf ini akan meningkatkan daya kilas maksimum daripada 370Nm kepada 400 Nm, sama seperti model 2025, selain mengubah tetapan sistem pacuan GR-FOUR.

Mod REAR dengan agihan 30:70 akan digantikan dengan mod GRAVEL yang menggunakan agihan 50:50, manakala mod TRACK yang sebelum ini tetap pada 50:50 kini boleh dilaraskan antara 60:40 hingga 30:70.

Satu lagi perubahan penting ialah kaedah penjualan. Jika sebelum ini pembeli di Jepun perlu melalui sistem undian sejak pelancaran pada 2022, kini GR Corolla boleh ditempah terus di pengedar Toyota seluruh Jepun.

Ini membolehkan lebih ramai peminat memilikinya. Toyota juga merancang pengeluaran sekitar 5,000 unit setahun untuk pasaran Jepun. 

 

Toyota GR Corolla 2026 Jepun
Saluran udara sejuk

 

Dari segi harga, tiada perubahan berbanding model terdahulu. 

Varian RZ manual berharga 5,250,000 yen (RM149,586) manakala RZ High-performance dengan pilihan manual atau automatik pula bermula dari 5,730,000 yen (RM163,263).

Varian GR-DAT dengan transmisi automatik 8-kelajuan kekal pada 5,980,000 yen (RM170,409), manakala versi 6-kelajuan manual pula berharga 5,680,000 yen (RM161,858).

Kedua-duanya menggunakan sistem pacuan GR-FOUR dengan pilihan mod pemanduan.

 

Toyota GR Corolla 2026 Jepun
Penambahan gam struktur 

 

Ringkasan ciri baharu utama pada GR Corolla 2026 ialah:

  • Ketegaran badan dipertingkat dengan gam struktur tambahan 13.9 m.
  • Saluran udara sejuk baharu untuk penyejukan enjin.
  • Sistem audio JBL Premium dengan 9 pembesar suara termasuk subwufer.
  • Active Sound Control (ASC) dengan tiga corak bunyi dan tahap boleh laras.
  • Kaedah pembelian lebih mudah tanpa sistem undian.
  • Program naik taraf perisian untuk pemilik sedia ada bermula 2026.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Toyota GR Corolla 2026 Jepun

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Langkah ini diambil kerana permintaan terhadap produk TOYOTA GAZOO Racing (TGR) sentiasa…
Berita Global
  Pada 2 Ogos 2024, Toyota memperkenalkan GR Corolla di Amerika Syarikat (AS) dan kini giliran…
Berita Global
  Jika 'Toyota Universe' diambil kira, Lexus LBX Morizo RR juga siri berprestasi dengan enjin…