Toyota GR Supra GT4 “100 Edition” 2024 - Jentera khas litar, penuh komponen lumba, hanya 3 unit

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Sempena jualan ke-100 jentera lumba GR Supra GT4, Toyota telah menghasilkan sebuah jentera lumba yang lebih eksklusif dengan hanya 3 unit dihasilkan, menjadikannya Supra paling rare yang wujud di muka bumi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Diasaskan dari jentera lumba GT4, GR Supra GT4 “100 Edition" hadir dengan warna menyerlah Sporting Plasma Orange, sambil dilengkapi dengan pelbagai komponen lumba.

 

2

 

Menambah aspek rupa bagi sebuah jentera lumba, ia didatangkan dengan cermin sisi gentian karbon, komponen aero untuk meningkatkan cengkaman hadapan, lampu hadapan LED ketahanan, dan juga tempat duduk penumpang bagi membolehkan anda berseronok bersama rakan baik.

Pada bahagian dalam, ia dilengkapi dengan tempat duduk fully bucket bersama papan pemuka perlumbaan sepenuhnya, bersama hiasan logo “100 Edition". Menariknya, setiap unit didatangkan dengan pelindung kereta bersama logo “100 Edition" di atasnya.

 

3

 

Bahagian luar model ultra rare itu baharu diinspirasikan dari GR Supra GT4 100th Edition Tribute, yang juga terhad hanya kepada 100 unit di Eropah.

Untuk versi terkini, Toyota hanya mengeluarkan satu GR Supra GT4 “100th Edition” untuk Eropah, satu untuk Asia, dan satu untuk Amerika Utara, menjadikan jumlah keseluruhan hanya 3 unit.

 

4

 

Dari segi kuasa, tanpa sekatan peraturan kelas GT4, Toyota memberikan GR Supra itu hood scoop yang lebih besar untuk menyalurkan udara pada nadi B58 3.0 silinder turbo, yang dapat menghasilkan sehingga 444 HP.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan cara Toyota untuk menjual setiap satu unit kepada pembeli Eropah, Asia dan Amerika Utara, di mana Toyota merancang untuk menjualnya pada harga USD235,482 (RM1.1 juta).