Toyota GR Supra HKS - jentera jalanan dengan kit badan super lebar!

oleh Mohamad Hanif|
Jenama HKS sudah pun dikenali ramai sebagai salah sebuah rumah talaan yang ternama di seluruh dunia dalam menawarkan pelbagai opsyen modifikasi kepada geng-geng kereta.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dan jika dilihat kepada senarai pilihan yang dipaparkan dalam laman web HKS,  banyak juga model yang ditawarkan daripada semurah-murah Honda Civic sehinggalah kepada model-model kereta sports seperti Nissan GT-R dan juga Honda Civic Type R.

 


Model badan lebar Toyota GR Supra merupakan salah satu penawaran terbaharu yang dibawakan oleh HKS USA dan ia ternyata berjaya menaikkan lagi seri imej luaran jika dibandingkan dengan Toyota GR Supra standard kilang.

Di bahagian luaran, pihak HKS telah memasang kit badan yang menambah dimensi lebar sebanyak lapan inci serta penampakan stance yang sedikit berbeza berbanding model standard.

 


Tambahan kepada spoiler ekor itik sedia ada, HKS tidak mahu kalah dari segi imej dengan memasang sayap belakang besar yang menyamai lebar kenderaan, dan kehadiran spoiler di bahagian fender belakang.

Disebalik modifikasi yang agak berat ini, pihak HKS memberikan jaminan GR Supra ini masih halal untuk digunakan di atas jalan raya.

 


Selain daripada kit badan, HKS turut menawarkan naik taraf sistem suspensi Hipermax MAX IV SP dan spring boleh laras Touring-Height Adjustable Spring-DB42.

Untuk mengektrak bunyi yang lebih merdu dan mengancam, terdapat opsyen peredam berkembar dan juga pilihan penapis udara HKS Super Air Filter.

 


HKS USA turut menyediakan harga jualan untuk kesemua opsyen yang ditawarkan bermula dari harga $55.00 (RM237.35) untuk penapis udara sehinggalah $10,000 (RM43,155) untuk pembelian kit badan Supra itu tadi.

Senarai penuh harga boleh dirujuk pada pautan di bawah:

HKS USA | Toyota GR Supra

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Antara yang sah dan bakal menarik tumpuan peminat JDM di Malaysia pada Tokyo Auto Salon Kuala…
Berita Global
Tidak pun lama selepas GR 86 dilancarkan di peringkat global, penala terkenal HKS mula…
Berita Global
Ia mula digunakan pada model berprestasi tinggi Nissan Skyline GT-R R32 dengan angka output 276…