Toyota GR Supra MUNGKIN dapat transmisi manual - laporan

oleh Mohamad Hanif|
Khabar angin berkenaan penawaran transmisi manual pada kereta sports Toyota GR Supra sebenarnya sudah pun lama berlegar sejak pelancaran rasmi lagi, namun ia masih lagi belum menjadi kenyataan.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Namun menurut laporan daripada The Drive, terdapat ura-ura di mana pengeluar Jepun itu bakal menawarkan kotak gear alternatif dengan tiga pedal bagi mereka yang tidak menggemari transmisi automatik ZF lapan kelajuan itu.

Tambah sumber itu lagi, model baharu itu bakal muncul di Amerika Syarikat sebagai model tahun 2023 (berkemungkinan besar tahun ini).

Setakat ini, Toyota masih lagi enggan mengulas.
 

Z4


Sebagai makluman, Toyota GR Supra hanya ditawarkan dalam versi automatik sahaja, namun model pendermanya (BMW Z4) ada ditawarkan dengan transmisi manual, namun hanya dikhususkan untuk model asas sDrive20i di pasaran tertentu sahaja.

Adakah berita ini memungkinkan GR Supra bakal mendapat versi yang lebih 'hardcore' GRMN Supra?

Sumber: The Drive

Berita Berkenaan

Berita Global
Mungkin tidak ramai yang tahu, Toyota juga sebelum ini pernah menawarkan sedan pantas Mark X GRMN,…
Berita Global
Menurut Toyota, model ini merupakan tribut kepada jentera Supra Mk4 dengan penawaran dua warna unik…
Berita Global
CEO baharu Toyota, Koji Sato dalam satu kenyataan mendedahkan bekas CEO terdahulu, Akio Toyoda kini…