Jentera yang boleh drift dengan sendirinya itu kini boleh dimiliki oleh orang ramai dalam bentuk diecast di dalam siri Hot Wheels Boulevard.

Selain daripada GR Supra swa-drift itu, pakej Hot Wheels Boulevard turut merangkumi model Alfa Romeo 155 V6 Ti, Holden Monaro GTS 1973, Mercedes-Benz CLK- GTR 1997, DMC DeLorean, Porsche 911 generasi 964 serta beberapa model lain lagi.
Jentera GR Supra itu dibangunkan oleh Toyota Research Institute (TRI) untuk mengkaji kebolehan kawalan kereta yang dilengkapi teknologi swapandu bagi mengelakkan kemalangan atau halangan terutama apabila kenderaan kehilangan cengkaman yang diperlukan.
"Di TRI, matlamat kami adalah untuk menggunakan teknologi termaju yang mampu untuk menambah dan menguatkan keupayaan manusia, bukan menggantikan mereka," menurut Avinash Balachandran, pengurus kanan Penyelidikan Pemanduan Berpusatkan Manusia di TRI.
"Menerusi projek ini, kami ingin memperluaskan skop di mana sesebuah kereta itu boleh dikawal dengan matlamat untuk memberikan pemandu biasa refleks naluri seorang pelumba professional untuk mengendalikan kenderaan dalam situasi kecemasan dan menjadikan pengguna lebih selamat atas jalan raya.