Toyota GR Yaris Aero Package Prototype, GR Yaris M Concept, GR Yaris 24h, 3 GR sekaligus!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Toyota GR YARIS Aero Package (prototype)
Toyota GR YARIS Aero Package (prototype)
Dikeluarkan sejak 2020 Toyota masih giat menumpukan perhatian pada GR Yaris. 

Mungkin juga untuk membina legasi masa depan seperti mana model-model ikonik Toyota lain.

Terbaru Toyota mempersembahkan tiga model sekaligus iaitu GR Yaris Aero Package Prototype, GR Yaris M Concept dan GR Yaris 24h.

Toyota juga mengumumkan untuk berlumba di Nürburgring, Jerman.

GR Yaris 24h dan Nürburgring

Toyota GR YARIS (24h) 2025

 

Bermula tahun ini, Toyota Gazoo Racing (TGR) dan Rookie Racing akan menyertai Nürburgring Langstrecken Serie (NLS) dan Super Taikyu Series.

Pasukan dikenali sebagai Toyota Gazoo Rookie Racing atau singkatan yang menarik iaitu TGRR.

Pasukan baharu ini bakal kembali ke perlumbaan Nürburgring 24 Jam selepas enam tahun berehat dan menggunakan GR Yaris yang dipertingkat.

Pada 2024, beberapa pelumba seperti Morizo sendiri (Akio Toyoda) dan pemandu profesional menguji GR Yaris di pelbagai jalan raya di Jepun.

 

Toyota GR YARIS (24h) 2025

 

Mereka juga membuat pengujian di luar negara termasuk litar Nürburgring.

Pasukan mahu mengasah lagi individu dan kereta di Nürburgring yang merupakan lokasi bermulanya Morizo dan TGR.

GR Yaris M Concept

Bagi meneroka potensi GR dengan lebih mendalam, TGRR merancang untuk bersaing di dalam Super Taikyu Series menggunakan GR Yaris M Concept.

Ini bukan GR Yaris biasa dan lebih kepada makmal bergerak kerana disumbat enjin 2.0 liter turbo letakan tengah (midship!) yang masih dalam pembangunan.

 

GR Yaris M Concept

 

Sasaran pasukan untuk menghasilkan kereta yang mengutamakan pemandu di mana kereta dipandu sehingga rosak.

Apabila rosak dibaiki semula dalam keadaan ekstrem di persekitaran perlumbaan dan menerima maklum balas dari Morizo, pemandu biasa dan profesional.

 

GR Yaris M Concept

 

GR Yaris Aero Package

Kereta ini menyerlah dengan perkakasan aerodinamik yang dibangunkan bersama pelumba profesional.

Aero Package terdiri daripada enam perkakasan seperti sayap belakang boleh ubah yang membantu dari segi aerodinamik dan kestabilan pengendalian.

Selain kefungsian, sayap ini juga tampil menarik dan apalah sebuah kereta berprestasi jika tidak mempunyai spoiler tinggi. Turut ditawarkan tuil brek tangan.

 

Toyota GR YARIS Aero Package (prototype) 2025

 

Circuit Mode

Menggunakan aplikasi Circuit Mode pada telefon pintar, pemandu boleh menukar tingkah laku kereta.

Di antara fungsi seperti anti lengah, menaikkan had penghad kelajuan dan penunjuk tukaran gear optimum.

Fungsi kipas penyejuk memaksimumkan output kipas dan penyejukan suhu air enjin.

 

Circuit Mode

 

Penentuan GPS dan operasi menukar meter kepada paparan yang menunjukkan masa penukaran gear dan rpm enjin.

Pemandu boleh menggunakan aplikasi ini di 77 litar dan lokasi seperti Fuji Speedway, Litar Suzuka, Litar Tsukuba dan Pusat Sukan Kayuhan Gunma.

Aplikasi Circuit Mode boleh digunakan untuk GR Yaris kecuali model 2020.

Penulis: Muhammad Md Tajudin