Toyota GR Yaris Concepts, edisi khas untuk penggemar rali

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Acara Tokyo Auto Salon (TAS) yang berlangsung baru-baru ini telah menampilkan pelbagai binaan jentera yang menarik dan unik dari pelbagai jenama, antara jenama menyerlah tentu sekali Toyota yang mempamerkan pelbagai model konsep menarik perhatian.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

GR Yaris telah ditampilkan dengan 4 konsep baharu dan 2 darinya bakal dijual secara rasmi untuk direbut sekali lagi, perubahan yang didatangkan kebanyakkannya dari luaran dan warna sahaja.

 

2

 

Antaranya ialah GR Yaris RZ High-Performance Sebastien Ogier Edition Concept, namanya yang panjang bukan sahaja menyukarkan untuk diingat, malah sukar untuk disebut.

Nama Ogier sudah tentu tidak perlu diperkenalkan dalam dunia lumba rali, Ogier telah memenangi perlumbaan WRC 2021 bersama pasukan Toyota Gazoo Racing.

 

3

 

Sebagai penghormatan kepada kemenangan itu GR Yaris dengan namanya dihasilkan bersama beberapa naik taraf. GR Yaris edisi Ogier didatangkan dengan warna perak bersama angkup brek berwarna biru.

Selain itu, seorang lagi pemandu rali yang memenangi WRC 2022 bersama Toyota turut menerima penghormatan melalui penghasilan GR Yaris RZ High-Performance Kalle Rovanpera Edition Concept.

 

4

 

Edisi Rovanpera juga didatangkan dengan beberapa warna istimewa yang mengikut corak pada jentera WRC nya bersama angkup brek berwarna merah.

Selain dari corak dan warna istimewa, kedua-dua edisi khas pemandu rali tersebut masih sama dengan naik taraf sayap belakang, lencana dan grafik istimewa serta jahitan dalaman tempahan khas.

 

5

 

Tentu sekali ia dikuasakan enjin 3 silinder turbo dengan sedikit naik taraf daya kilas sebanyak 390 Nm, satu lagi tambahan membezakan model edisi khas itu ialah tetapan prestasi yang boleh ditala.

Di samping 2 model atas jalan itu, Toyota turut menampilkan GR Yaris Rally2 Concept yang dibina mengikut regulasi Rally2, model itu akan mengambil bahagian dalam Kejohanan Rali Jepun 2023 di samping pembangunan untuk menerima homologasi pada Januari 2024.

 

6

 

Akhir sekali, Toyota menampilkan GR Yaris yang disumbatkan pelbagai bahagian baharu GR untuk kegunaan masa akan datang.

Pada bahagian dalam ia didatangkan dengan roda stereng, tombol gear, hendal brek parking dan tempat duduk baharu, bahagian luar pula didatangkan dengan hood karbon fiber yang diperkuat dan pelindung penyejuk enjin bersama sedutan masuk NACA.

 

Sumber: motor1.com

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Toyota, air boleh menyebabkan berlakunya litar pintas pada komponen elektronik selak pintu…
Berita Global
  Tacoma memiliki muka depan yang rugged dan menarik manakala 4Runner mewarisi ciri tersebut dan…
Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…