Toyota GR Yaris dikesan - Yaris dua pintu dengan penampilan lebih agresif

oleh Mohamad Hanif|
Sebelum ini, Toyota telah memperlihatkan beberapa imej dan video acah yang merujuk kepada sebuah hot hatch yang sedang dalam fasa pengujian - Toyota GR Yaris sebagai satu homaj kepada jentera pemenang World Rally Championship (WRC).

Namun, sebuah laman web automotif Wheels berjaya mendapatkan gambaran yang lebih jelas Yaris dua pintu yang bakal diperkenalkan kepada umum dalam masa beberapa minggu lagi. 

 


Tidak seperti Yaris lima pintu yang dipasarkan, GR Yaris ini memiliki profil sisi yang lebih agresif, sistem brek yang dinaiktaraf serta bukaan liang gril hadapan yang lebih besar untuk aliran udara yang lebih berkesan. 

Jika diukur berdasarkan daripada jarak trek belakang yang lebih lebar, berkemungkinan besar sistem pacuan semua roda turut dilengkapkan pada GR Yaris ini.
 


Memasuki ruang dalaman, kelihatan tempat duduk yang lebih sporti dimuatkan dengan stereng berlogokan GR, malah terdapat sesetengah media yang melaporkan Toyota GR Yaris ini turut mempunyai butang fungsi khas untuk penyemburan air pada intercooler!

Apa yang pasti, data teknikal berkenaan enjin yang bakal digunakan masih lagi kesamaran, namun sudah pasti ia bakal memberikan saingan rapat kepada jentera-jentera sekelas dengannya. 
 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Hot hatch ini diperlihatkan secara rasmi bersempena dengan Tokyo Auto Salon 2020 yang bermula pada…
Berita Global
Apa yang bakal ditawarkan oleh Toyota GR Yaris merupakan sebuah model hot hatch yang direka untuk…